20080326

Mengulas Tafsir Jalalayn


Oleh: Hasan Jali

A. Pengenalan Karya


Tafsir al-Jalalayn (tafsir yang ditulis oleh dua Jalal) adalah sebuah tafsir klasik sunni yang disusun pertama kali oleh Jalal al-Din al-Mahalli (m. 864 H). Dia meninggal sebelum karyanya selesai. Kemudian disempurnakan oleh muridnya Jalal al-Din al-Suyuti (m. 911 H). Inilah alasan, mengapa tafsir ini disebut al-Jalalyn.[i]

Tafsir ini cukup populer hingga saat ini, kerana isi kandungannya yang simpel dan mudah dipahami. Tafsir ini hanya terdiri dari satu jilid sahaja.

Imam Jalal al-Din al-Mahalli menulis dari surat al-Kahfi sehingga surat al-Nas, kemudian dilanjutkan ke surat al-Fatihah. Kerana itu, dalam tafsir ini kita menjumpai al-Fatihah diletakkan paling belakang sekali. Imam Jalal al-Din al-Suyuti melanjutkan usaha gurunya dengan memulai dari surat al-Baqarah hingga akhir surat al-Isra’.[ii]

Jalal al-Din al-Suyuti menulis selama 40 hari untuk menyempurnakan tafsir ini, dan di akhir surat al-Isra’ al-Suyuti menulis[iii] : هَذَا أَخِرُ مَا كَمِلتُ بِهِ تَفسِيرَ القُرأَنِ الكَرِيمِ الَّذِي أَلَّفَهُ الشَّيخُ الِامَامُ العَالِمُ العَلَّامَةُ المُحَقِّقُ جَلَالُ الدِّينُ المَحَلِّي الشَّافِعِي.....

Kitab Tafsir al-Jalalayn yang ada dipenulis diiringi dengan empat kitab hamisy, yang ditaruh dibahagian tepi. yaitu:

a. Lubab al-nuqul fi asbab al-nuzul karya Imam Jalal al-Din al-Suyuti. Naskah kitab ini dimulai dari halaman 2 hingga 385.
b. Fi ma`rifat al-nasikh wa al-mansukh karya Ibnu Hazm. Naskah kitab ini dimulai dari halaman 387 hingga 398.
c. Al-fiyyah al-imam Abi Zar`ah al-Iraqi fi Tafsir Garib Alfad al-Qur’an. Naskah kitab ini Naskah ini dimulai dari 443 hingga 511.
d. Lugat al-Tabail karya Imam Abi al-Qasim bin Salam.[iv]


B. Pengarang

Karya Tafsir al-Jalayn ditulis oleh dua ulama’ yang sebenarnya guru dan murid, yaitu Jalal Al-Din al-Mahalli dan Jalal al-Disn Al-Suyuti.

1. Jalal al-Din al-Mahalli (769 - 835 H)

Jalaluddin al-Mahalli dilahirkan di Kairo di Mahalla al-Kubra pada tahun 769 H dan meninggal tahun 835 H. Al-Mahalli inilah pengarang kitab al-Mahalli yang mensyarah ki'tab Minhaj al-Talibin, karya lmam Nawawi.

Nama sebenar ialah Muhammad[v] bin Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim[vi] bin Ahmad bin Hasyim[vii] al-Mahalli al-Syafi`i. Nama al-Mahalli ialah nisbah kepada tempat asalnya yaitu al-Mahallah al-Kubra yang merupakan sebuah bandar di sebelah Barat Kota Kaherah, Mesir.[viii]
Imam Jalaluddin al-Mahalli mengarang sebahagian dari Tafsir Jalalayn, kerana tafsir itu ditulis berdua dengan Jalaluddin al-Suyuti, sehingga tafsir ini diberi nama "Jalalayn" yang berarti dua orang Jalaluddin.[ix]

Ia seseorang yang sangat alim dalam fekah, usul, mantiq, kalam, nahu dan lain-lain.[x] Ia seseorang yang cerdas dan cepat paham. Ia pernah berkata kepada dirinya “Sesungguhnya kefahamannya tidak menerima kekeliruan sama sekali…”. Dan ia seorang yang sangat salih dan wara’.[xi]


a. Guru-guru Imam al-Mahalli

Di antara guru-guru Imam al-Mahalli ialah:
a. Al-Syams al-Barmawi (fikah, usul, bahasa Arab)
b. Al-Bajuni (fikah)
c. Al-Jalal al-Bulqini (fikah)
d. Al-Wali’ al-Waqi’ (fikah)
e. Al-`Izz bin Jumu’ah (usul)
f. Al-Syihab al-Ujayni (nahwu)
g. Al-Syams al-Syarif (nahwu)
h. Nasr al-Din bin Anas al-Misr al-Hanafi.[xii]
i. Al Badr Mahmud al-Aqsara’i.
j. Al-Burhan al-Yahyawari.
k. Al-Syams al-Bisati.
l. Al-Ala’ al-Bukhari.
m. Syaraf al-Kuwaik (hadis).[xiii]

b. Karya Imam al-Mahalli

Diantara karya Imam al-Mahalli ialah[xiv]:
a. مُختَصَر التَنبِيه
b. شَرحُ جَمعِ الجَوَامِعِ فِي الأُصُولِ
c. شَرحُ الشَّمسِيَّةِ
d. شَرحُ الِمنهَاجِ (الفقه)
e. شَرحُ الوَرَاقَةِ فِي الأُصُولِ
f. مَنَاسِكُ الحَجِّ
g. كِتَابُ فِي الجِهَادِ
h. شَرحُ القَوَاعِدِ
i. تَفسِيرُ جَلَالَينِ
j. الأَنوَارُ المدِيئَةِ
k. الطِّبُّ النَّوَاوِي
l. شَرحُ البُردَةِ الَمدِيحِ

c. Meninggal

Imam al-Mahalli meninggal akibat menderita sakit cirit-birit yang bermula pada pagi hari sabtu pertengahan bulan Ramadan tahun 864 H. Jenazahnya disembahyangkan orang ramai di Musalla Bab al-Nasr. Ia dikebumikan disisi datuk-neneknya di tanah perkuburan Jusyan.[xv]


2. Jalal al-Din Al-Suyuti.

Nama lengkap ialah Jalal al-Din al-Suyuti ialah Abu al-Fadl Abd al-Rahman ibn Kamal al-Din Abi Bakr ibn Muhammad ibn Sabiq al-Din, Jalal al-Din al-Misri al-Suyuti al-Shafi`i al-Ash`ari.[xvi]

Dia adalah mujtahid dalam mazhab Syafi’i, Sufi, Mufassir, ahli Hadith dan ahli sejarah.[xvii] Beliau merupakan ulama’ dan cendekiawan muslim yang hidup pada abad ke-15 di Mesir.[xviii]

Lahir pada tahun 1445 M (849 H) bulan Rajab dan wafat tahun 1505 M (911 H)). Dia lahir di Mahallah Suyut, Kaherah sebuah Bandar yang terletak berhampiran Bandar sungai Nil.[xix]

Dia baru berumur lima tahun dan menjadi anak yatim ketika ayahnya meninggal, dan ia sudah hafaz al-Qur’an sampai surah al-Tahrim. Selanjutnya ia diasuh dengan penuh perhatian oleh al-Kamal bin Hummam sampai hafaz al-Qur’an dengan sempurna.[xx]

Kemudian dia pergi untuk menghafaz kitab al-`Umdah, Minhaj al-Fiqh Wa al-usul dan al-Fiyyah Ibnu al-Malik. Dia menikmati semua itu (asyik dalam pengetahun) ketika berumur 15 tahun yakni tahun 864 H.

Nama al-Suyuti sendiri merupakan deskripsi pada sebuah kota golongan masyarakat lapisan atas di kota Mesir yang disebut Asyut. Salah seorang atuk Imam al-Suyuti telah membangun sekolah di sana dan menjadi donaturnya. Ayahnya, al-Kamal dilahirkan di Asyut tersebut.

Kedua-dua atuknya adalah seorang pemimpin yang mempunyai pengaruh luas di kota itu, dan bapaknya sendiri adalah seorang yuridis mazhab Shafi’i ketika al-Suyuti tinggal di Husn Al-Muhadarah.

Ketika besar, beliau adalah seorang guru yang mengajar berbagai macam subjek dalam teologi Islam. Tahun 1462 M, ia berhenti mengajar dan tahun sejak 1486 M, ia banyak menghabiskan masanya di masjid Baybars di Kairo.

Semasa hidupnya, beliau menulis banyak buku tentang berbagai hal, seperti hadith, al-Quran, bahasa, hukum Islam dan lainnya. Salah satu kitabnya yang terkenal adalah Tafsir al-Jalalayn ini yang ditulis bersama Jalal al-Din al-Mahalli. Dia mempunyai keahlian dalam tujuh disiplin ilmu yaitu: tafsir, hadith, fikah, nahwu, ma’ani, bayan, al-badi’.[xxi]
Kerana itu ia dianggap seseorang allamah dan dijuluki Abu al-Manaqib.[xxii] Bahkan ia dianggap sejarahwan kedua di Mesir setelah al-Maqrizi.[xxiii]


a. Guru Al-Suyuti dan Rihlah Ilmiah-nya

Dalam ilmu fikah dan nahwu, ia belajar dari beberapa Syeikh. Begitupun, dia belajar hukum dan fara’id kepada salah seorang sarjana besar yang sangat terkenal masa itu ialah Syeikh Shihabuddin al-Sharmasahi. Dia belajar kitab al-Majmu` langsung dibawah bimbingannya.[xxiv]

Dia juga belajar fikah dibawah bimbingan Syeikh al-Islam 'Ilm al-Din al-Balqini hingga gurunya itu meninggal. Pada tahun 876 H, al-Balqini memberikan ijazah kepada al-Suyuti untuk mengajar dan memberikan fatwa.[xxv]

Dia juga belajar fikah dan tafsir dibawah bimbingan Syeikh Sharafuddin al-Manawi. Dia belajar kepadanya ketika gurunya al-Balqini meninggal tahun 878 H. Untuk diketahui bersama, al-Manawi ini merupakan atuk dari `Abdu al-Rauf al-Manawi, seorang sarjana yang menulis kitab Faid al- Qadir yang merupakan syarah dari kitab al-Suyuti Al-Jami al- Sagir.

Dia juga belajar hadis dan bahasa Arab kepada Imam Taqiuddin al-Sumni al-Hanafi, yang menulis beberapa catatan pujian kepada al-Suyuti. Dia juga selalu hadir pada pertemuan yang diadakan oleh sarjana besar yaitu al-Kafiji dalam masa yang cukup panjang yakni 40 tahun sambil belajar tafsir, usul dan ma’ani, sehingga menerima ijazah oleh gurunya tersebut.

Demikian ia juga mengikuti pertemuan Syams al-Din Muhammad bin Musa al-Hanafi tentang tafsir dan balaga, pemimpin perguruan al-Syaikhuniyah. Termasuk gurunya ialah Fakhr al-Din `Uthman al-Muqsi, Ibnu Yusuf dan Ibnu al-Qalani.[xxvi]

Secara keseluruhannya, al-Suyuti menerima ijazah dari 150 guru (syaikh) yang memberinya ketika dia belajar. Hal itu diketahui setelah ia dan muridnya menyusun semua daftar syeikh yang telah memberinya ijazah sesuai daftar al-phabet.

Dalam kitabnya, Husn Al-Muhadarah, al-Suyuti menceritakan dan menulis semua guru-gurunya yang memberikan ijazah. Ia berkata “Para guru-guru yang mengajar saya dan yang kemudian memberikan ijazah (religious approval) banyak sekali. Saya telah menyebutkan semua, yang jumlahnya sekitar 150 syeikh”.

Dalam pengembaraannya mencari ilmu, al-Suyuti pergi ke Sham, Hijaz, Yaman, India dan Maroko. Dan kembali ke negara asalnya, Mesir hingga dia meninggal.
Sewaktu menunaikan haji, ia minum air zam-zam dengan niat supaya mempunyai darjah al-Syaykh Siraj al-Din al-Bulqini dalam fekah dan mencapai darjat al-Hafiz Ibnu Hajar dalam bidang hadis.[xxvii]
Ia juga tidak ikut melibatkan dalam politik. Seramai 13 sultan silih berganti naik tahta Pemerintahan negeri Mesir sepanjang kehidupan al-Suyuti.[xxviii]

b. Karakter Peribadi

Dia adalah orang yang rendah hati, baik akhlaknya, budiman dan selalu takut kepada Allah. Ia begitu menikmati dari apa yang diterima dari kehidupan intelektual dan kesarjanaanya. Ia pun tidak suka melirik-lirikan matanya kepada orang. Banyak tokoh dan orang-orang kaya yang selalu mengunjunginya dan ingin memberinya harta, tetapi al-Suyuti enggan menerimanya.

Di samping itu, ia banyak memegang beberapa jawatan selama karirnya, seperti guru bahasa Arab pada tahun 866 H. Dan mengajar hadith pada Universiti Ibnu Tulon.


c. Karya Al-Suyuti

Dia adalah salah seorang penulis paling prolifik dan barangkali penulis yang paling dikenal kemudian. Dia telah meninggalkan banyak karya dalam khazanah keilmuan Islam.

Buku pertama yang ditulis adalah "Sharh al-Isti`ada wa al-Basmalah” ketika ia berumur 17 tahun.

Ibn Ímād menulis: “Kemampuannya menulis sangat fenomenal”.

Muridnya Imam Dāwādi mengatakan: "Saya telah bersama Syeikh sekali, dan ia telah menulis tiga volume kitab pada hari itu. Dia menulis hadith dan menjawab pertanyaan saya pada masa yang sama. Dia adalah sarjana yang sangat tahu tentang hadith.
Pada usia 40 tahun, al-Suyuti meninggalkan aktifitasnya sebagai guru dan mufti dan mengasingkan diri dari masyarakatnya untuk menyendiri di rumahnya yang terletak di tepi masjid Qayitbey atau dekat istana Amir Muhammad `Ali sekarang.

Dalam “persembunyian” nya itu ia menulis buku-bukunya. Ia seringkali menolak undangan para sultan. Ia memang asketis. Hari-harinya baik siang atau malam dihabiskan untuk membaca dan mengarang. Diberitakan karyanya mencapai lebih 500.[xxix]

Diantara karyanya, ialah:[xxx]
أَلفِيَّةُ فِي قِرَأَتِ العَشرِ
اِتقَانُ فِي عُلُومِ القُرأَنِ
تَفسِيرُ جَلَالَينِ
طَبَقَاتُ الُمفَسِّرِينَ
أَسمَاءُ الُمدَلِّسِينَ
تَقرِيبُ الغَرِيبِ
تَذكِرَةُ اَولِيَاءِ الأَولِبَاءِ
الِاظهَارُ الغَدَةِ فِي فِقهِ الرَّودَةِ
تُحفَةُ المُجَاهِدِينَ فِي أَسمَاءِ المُجتَهِدِينَ
جَمعُ الجَوَامِعِ
حُرُوفُ الهِجَاءِ
دِيوَانُ حَيَوَانَ
دِيوَانُ شَرِيحِ
العَرجُ فِي الفَرجِ
اِتمَامُ الدِّرَايَةُ لِتمرأِ النِّقَايَةِ
الِاشبَهُ وَالنَّظَائِرِ (النحو)
الِاشَبهُ وَالنَّظَائِرِ (قاعدة فقه)
أَلفِيَّةُ (علم حديث)
الِاقتِرَاهُ فِي عِلمِ أُصُولِ النَّحوِ
تَارِيخُ الخُلَفَاءِ

Dalam menulis tafsir al-Jalalayn, sekalipun al-Suyuti menyambung dari gurunya, secara metod tidak ada perbezaan. Kerana ia mengikut apa yang telah ditulis gurunya tersebut yakni menyebut tafsir dari apa yang dipahami tentang kalam Allah tersebut tanpa menjelaskan dengan panjang.[xxxi]

d. Murid al-Suyuti

Diantara murid Imam al-Suyuti yang paling terkenal ialah ahli sejarah al-Dawudi (m. 945 H) – penulis kitab Tabaqat al-Mufassirin. Dan ahli sejarah terkenal Ibn Iyas, penulis kitab Bada'i-uz-Zuhur (m. 930 H).

Beberapa muridnya yang juga menjadi Imam ialah al-Hafiz Ibn Tulon al-Hanafi (m. 935 H), penulis tiga kitab "Faharis" (indexs), dan Imam al-Shirani, penulis kita al-Tabaqat (m. 973 H).

e. Sakit dan Meninggal

Al-Suyuti begitu sibuk dengan ilmu pengetahuan, menulis, meneliti hingga dia merasakan sakit selama 7 hari akibat pembengkakan pada lengan kirinya. Ia meninggal malam Jum’at pada 19 Jumadi Al-Ula 911 H. Jenazahnya dikebumikan di Hausy Qausun di luar Bab al-Qarafah, Mesir.[xxxii]


C. Metod Penafsiran Tafsir Jalalayn

1. Metod penafsiran dalam kitab ini ialah ijmali, yakni menafsirkan al-Qur’an secara global, mengikut urutan surat dalam al-Qur’an dari al-Fatihah hingga al-Nas.[xxxiii] Bahkan, penafsirannya sangat ringkas dan pendek, seperti hanya menafsirkan dengan satu kalimat sahaja. Contohnya:
a. Surat al-Ra`d ayat 10: (اِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَن تُغنِيَ) تَدفَعُ (عَنهُم أَموَالَهُم وَلَا أَولَادَهُم مِنَ اللهِ) عَذَابِهِ
b. Surat al-Saffat ayat 14-15: (وَاِذَا رَأَوا أَيَةً) كَانشِقَاقِ القَمَرِ (يَستَسخِرُونَ) يَستَهزِؤُنَ بِهَا (وَقَالُوا) فِيهَا (اِن) مَا (هَذَا سِحرٌ مُبِينٌ) بَيِّنٌ . Di sini diketahui juga metodnya setiap ayat al-Qur’an ditandai dengan buka dan tutup kurung, sedang tafsirnya tidak.

2. Tafsir ini tidak memakai nombot ayat. Jadi tidak dijumpai tanda waqaf. Mereka menafsirkan surat hingga akhir, kemudian dilanjutkan dengan surat lain.


D. Karakteristik Tafsir.

1. Sikap Terhadap Huruf al-Muqata’ah.

Dalam menafsirkan huruf al-Muqata’ah, kitab ini menggunakan lafaz اَللهُ أَعلَمُ بِمُرَادِهِ
Contoh dalam surat al-A`raf : (المص) اَللهُ أَعلَمُ بِمُرَادِهِ بِذَلِكَ
Surat al-Ahqaf: اَللهُ أَعلَمُ بِمُرَادِهِ بِهِ (حم)
Surat al-Ra`d: (المر) اَللهُ أَعلَمُ بِمُرَادِهِ بِذَلِكَ
Surat Ali `Imran: (الم) اَللهُ أَعلَمُ بِمُرَادِهِ بِذَلِكَ

2. Tafsir al-ra`yu

Tafsir ini boleh disebut tafsir bi al-ra`yi, kerana jarang sekali dijumpai dalam menafsirkan ayat yang disandarkan kepada riwayat. Tafsir ini banyak disandarkan kepada pendapat pengarang sendiri. Contohnya:
a. Surat al-Mujadalah ayat 14: (اَلَم تَرَ) تَنظُر (اِلَى الَّذِينَ تَوَلَّوا) هُمُ الُمنَافِقُونَ (قَومًا) هُمُ اليَهُودُ (غَضَبَ اللهُ عَلَيهِم مَا هُم) أي المُنَافِقُونَ (مِنكُم) مِنَ المُؤمِنِينَ (وَلَا مِنهُم) مِنَ اليَهُودِ بَل هُم مُذَبذَبِينَ
b. Surat al-Balad ayat 4: (لَقَد خَلَقنَا الِانسَانَ) أي الِجنسَ (فِي كَبَد) نَصَبٍ وَشِدَّةٍ يُكَابِدُ مَصَاءِبَ الدُّنيَا وَشَدَائِدَ الأَخِرَةِ
c. Surat al-Lail ayat 3: (وَمَا) بِمَعنَي مِن (خَلقِ الذَّكَرِ وَالأُنثَي) أَدَمَ وَحَوَاءَ وَكُلُّ ذَكَرٍ وَكُلِّ أُنثَي المُشكِلِ عِندَنَا ذَكَرٌ أَو أُنثَي عِندَ اللهِ تَعَالَى فَيَحنَث بِتَكلِيمِهِ مِن حَلفٍ لَا يُكَلِّمُ ذَكَرًا وَلَا أُنثَي

3. Sikap kepada Makkiyah dan Madaniyyah

Tafsir ini memberi penjelasan kepada setiap surah, adakah ia makkiyah atau madaniyyah sekaligus dijelaskan jumlah ayatnya. Contohnya;
a. سُورَةُ المُدَثِّرِ (خَمسٌ وَخَمسُونَ أَيَةً)
b. سُورَةُ البَقَرَةِ (مَدَنِيَّةٌ مِائَتَانِ وَسِتٌّ أَو سَبعٌ وَثَمَانُونَ اَيَةً)
c. سُورَةُ عَبَس (مَكِيَّةٌ اِثنَتَانِ وَأَربَعُونَ أَيَةً)
d. سُورَةُ المُؤمِنينَ (مَكِيَّةٌ وَهِيَ مِائَةٌ وَثَمَانِي أَو تِسعُ عَشَرَةَ أَيَةً)
e. سُورَةُ لُقمَانَ (مَكِيَّةٌ اِلَّا وَلَو أَنَّ مَا فِي الأَرضِ مِن شَجَرَةِ أَقلَامٍ الأَيَتَينِ فَمَدَنِيَّةٌ وَهِيَ أَربَعٌ وَثَلَاثُونَ اَيَةً)
f. سُورَةُ الزُّمَرِ (مَكِيَّةٌ اِلَّا قُل ياَ عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِم فَمَدَنِيّةٌ وَهِيَ خَمسٌ وَسَبعُونَ أَيَةً)
g. سُورَةُ العَصرِ (مَكِيَّةٌ اَو مَدَنِيَّةٌ ثَلَاثُ أَيَةٍ)


4. Sikap kepada gramatika.

Tafsir ini sangat memperhatikan kepada gramatika nahwu, walau tidak semuanya ayat diberi penjelasan, contoh:
a. Surat al-Tariq ayat 2 : (وَمَا أَدرَكَ ) أَعَلَّمَكَ (ماَ الطَّارِق) مُبتَدَأٌ وَخَبَرٌ فِي مَحَلِّ المَفعُولِ الثَّانِي لِأَدرِي وَمَا بَعدَ الأُولَى خَبَرُهَا وَفِيهِ تَعظِيمُ لِشَاءنِ الطَّارِقِ الُمقَمِّرِ بِمَا بَعدَهُ
b. Surat al-Tariq ayat 4: (اِن كُلُّ نَفسٍ لَمَّا عَلَيهَا حَافِظ) بِتَخفِيفِ مَا فَهِيَ مَزِيدَةٌ وَاِن مُخَفَّفَةٌ مِنَ الثَّقِيلَةِ وَاِسمُهَا مَحذُوفٌ أَي اِنَّهُ وَاللَّامُ فَارِقَةٌ وَبِشتَدِيدِهَا فَاءِن ناَفِيَةٌ وَلَمَّا بِمَعنَى اِلَّا
c. Surat al-Ikhlas ayat 1: هُوَ وَأَحَدٌ بَدَلٌ مِنهُ أَو خَبَرُ (قُل هُوَ اللهُ أَحَد) فاَللهُ خَبَرٌ كَانَ (أَللهُ الصَّمَد) مُبتَدَأٌ وَخَبَرُ كاَنَ أَي الَمقصُودُ فِي الحَوَائِجِ عَلَى الدَّوَامِ


5. Sikap terhadap nasikh-mansukh

Dalam nasikh-mansukh, tafsir ini menjelaskan dengan ringkas, walau tidak kesemua ayat dijelaskan nasikh-mansukhnya.contoh

a. Surat al-Anfal ayat 61: (وَاِن جَنَحُوا) ماَلَوا (لِلسِّلمِ) بِكَسرِ السِّينِ وَفَتحُهَا الصُّلحُ (فَجنَح لَهَا) وَعَاهِدهُم قاَلَ اِبنُ عَبَّاسٍ هَذَا مَنسُوخٌ باِءَيَةِ السَّيفِ وَمجاهد مَخصُوصٌ باِءَهلِ الكِتَابِ اِذ نَزَلَت فِي بَنِي قُرَيضَةَ
b. Surat al-Anfal ayat 71 : (اِنَّ الَّذِينَ أَمَنُوا.............(حَتَّى يُهَاجِرُوا) وَهَذَا مَنسُوخٌ باِءَخِرِ السُّورَةِ

6. Sikap terhadap ayat hukum

Tafsir ini juga tidak menjelaskan dengan detail dalam masalah hukum kecuali beberapa ayat yang dijelaskan dengan ringkas sahaja. contoh

a. Surat al-Maidah ayat 6 tentang wudu’ :[xxxiv] (وَامسَحُوا بِرُؤُسِكُم) .....فَيَكفِي أَقَلُّ مَا يَصدُقُ عَلَيهِ وَهُوَ مَسحُ بَعضِ شَعرَةٍ وَعَلَيهِ الشَّافِعِي
b. Surat al-Maidah ayat 6 tentang tayammum;[xxxv] (فَمسَحُوا بِوُجُوهِكُم وَأَيدِيكُم) مَعَ الِمرفَقَينِ

7. Sikap terhadap asbab al-nuzul

Tafsir ini memberikan penjelasan terhadap asbab al-nuzul kepada beberapa ayat, namun ada beberapa surat yang diberi penjelasan ringkas tentangnya.

a. (سُورَةُ الكَافِرُونَ) نَزَلَت لَمَّا قَالَ رَهَطٌ مِنَ الُمشرِكِينَ لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ تَعبُدُ اَلِهَتَنَا سَنَةً وَنَعبُدُ سَنَةً
b. (سُورَةُ الفَلَقِ) نَزَلَت هَذِهِ السُّورَةُ وَالَّتِي بَعدَهَا لَمَّا سَحِرَ لُبَيدُ اليَهُودِي النَّبِيَّ فِي وِترٍ بِهِ اِحدَى عَشَرَةَ عقدَةً فاَءُعَلِّمُهُ اللهُ بِذَلِكَ وَبِمَحَلِّهِ فاَءَحضَرَ بَينَ يَدَيهِ النَّبِيِّ وَأَمَرَ باِلتَّعَوُّذِ باِلسُّورَتَينِ فَكَانَ كُلَّمَا قَرَأَ أَيَةً مِنهُمَا اِنجَلَت عقدو وَوَجَدَ خفَّةً حَتَّى اِنحَلَت العَقدُ كُلُّهَا وَقَامَ كاَءَنَّمَا نَشطٌ مِن عِقَالٍ

8. Sikap terhadap isroiliyyat

Tafsir ini menyebut beberapa isroiliyyat, namun penulis tidak memberikan komen apa-apa, apakah ia sohih atau tidak. Contohnya sebagai berikut:

a. (وَلَقَد هَمَّت بِهِ) قَصَدَت مِنهُ الجِمَاعَ (وَهَمَّ بِهَا) قَصَدَ ذَلِكَ (لَولَا أَن رَأَى بُرهَانَ رَبِّهِ) قَالَ اِبنُ عَبَّاسٍ مَثَّلَ لَهُ يَعقُوبُ فَضَرَبَ صَدرَهُ فَخَرَجَت شَهوَتُهُ مِن أَنَامِلِهِ وَجَوَابُ لَولَا لِجَامِعِهَا (Surat Yusuf ayat 24)
b. (وَأُوتِيَت مِن كُلِّ شَئٍ......وَلَهَا عَرشٌ عَظِيمٌ) طُولُهُ ثَمَانُونَ ذِرَاعًا وَعَرضُهُ أَربَعُونَ ذِرَاعًا وَارتِفَاعُهُ ثَلَاثُونَ ذِرَاعًا مَضرُوبٌ مِنَ الذَّهَبِ وَالفِضَّةِ مُكَلِّلٌ بِالدُّرِّ وَاليَاقُوتِ الأَخمَرِ والَّزبَرجُدِ الأَحضَرِ وَالزَّمرَدِ وَقَوَائِمُهُ مِنَ اليَاقُوتِ الأَخمَرِ وَالَّزبَرجَدِ لَا خَضرَ وَالزَّمرَدِ عَلَيهِ سَبعَةُ أَبوَابٍ عَلَى كُلِّ بَيتٍ باَبٌ مُغَلَّقٌ (Surat al-Naml ayat 23).




E. Kesimpulan

Tafsir ini cukup ringkas dan mudah dipahami. Kerana itu, ditanah melayu tafsir ini cukup populer. Untuk sekedar ingin mengetahui makna al-Qur’an, tafsir ini dapat dijadikan pegangan. Namun untuk mengetahui hal yang lebih detail, perlu membuka tafsir lain yang panjang pembahasannya.



Bibliografi

`Atar, Nur al-Din (1993), Al-Jalayn: Tafsir al-Qur’an al-Azim fi al-Imam Jalal al-Din al-Suyuti, ISESCO.
Al-Mahalli, Jalaluddin dan Jalal al-Din al-Suyuti (t.t), tafsir al-Jalalyn, Surabaya, al-Hidayah.

Al-Dawudi, Syams al-Din Muhammad bin `Ali bin Hamad (1982), Tabaqat al-Mufassirin, Juz 2, (t.t.p), Maktabah Wahdah.

Al-Hanbali, Abu al-Falah Abu Hayy bin `Imad (1972), Syadharat al-Dhahab fi Akhbar Man Dhahab, Juz 7, Beirut; Dar al-Masih.

Ahmad, Abdul `Azim (1971) Tarikh Litafsir wa Manahij Limufassirin, c. I, Mesir, Dar al-Taba’ah al-Muhammadiah.

Al-Suyuti (t.t), Bugyah al-Wu’at fi Tabaqat al-Lughawiyyin wa al-Nuhat, j. I, Beirut; Dar al-Ma’rifah,.

Al-Syak’ah, Mustafa (1981), Jalal al-Din Al-Suyuti, Kaherah; Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi.

Abbas, Siradjuddin (1994), Sejarah dan Keagungan Madzab Syafi'i, Jogjakarta, Pustaka Tarbiyah,.

Ahmad, Abdul Rashid (2003), Tafsir al-Nasafi dan Tafsir al-Jalalayn: Suatu Kajian Perbandingan, Tesis Ph.D, Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Al-Suyuti, Jalal al-Din (1967), Husn al-Muhadarah fi Tarikh Misr wa al-Qadirah, juz I, Kaherah, Isa al-Halabi wa Syurkah.
Al-Maraghi, Abdullah Mustafa (2001), Pakar-pakar Fiqh, Penj: Husein Muhammad, c. I, Jogyakarta, LKPSM.

Al-Dahabi, Muhammad Husain (2000), Tafsir wa al-Mufassirun, c. I, Beirut, Dar al-Yusuf.

Al-Jazairi, Abd al-Rahman (1990), Kitab al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah, j, I, Beirut; Dar al-Fikr.

Kahhalah, Umar Rida (1986), Mu`jam Muallifin Tarajum Musonnifin al-Kutub al-`Arabiah, Beirut, Dar Ihya’ al-Turath.
Taha, Mahmud Ahmad (1993), Jalal al-Din Al-Suyuti, Juz 2, ISESCO.
Qattan, Manna` (t.t), Mabahith fi `Ulum al-Qur’an, cet ke – 3, Riyadh, (t.p).
www.islamicacademy.org.
www.geocities.com
www.wikipedia.org





[i] Jalaluddin al-Mahalli, http/en.wikipedia.org/wiki/tafsir al-Jalalyn, 5 September 2007.
[ii] Manna` Qattan (t.t), Mabahith fi `Ulum al-Qur’an, cet ke – 3, Riyadh, (t.p), h. 367. Nur al-Din `Atar (1993), Al-Jalayn: Tafsir al-Qur’an al-Azim fi al-Imam Jalal al-Din al-Suyuti, ISESCO, h. 288.
[iii] Muhammad Husain al-Dahabi (2000), Tafsir wa al-Mufassirun, c. I, Beirut, Dar al-Yusuf, 343.
[iv] Jalaluddin al-Mahalli dan Jalal al-Din al-Suyuti (t.t), Tafsir al-Jalalyn, Surabaya, al-Hidayah.
[v] Syams al-Din Muhammad bin `Ali bin Hamad al-Dawudi (1982), Tabaqat al-Mufassirin, Juz 2, (t.t.p), Maktabah Wahdah, h. 80.
[vi] Abu al-Falah Abu Hayy bin `Imad al-Hanbali (1972), Syadharat al-Dhahab fi Akhbar Man Dhahab, Juz 7, Beirut; Dar al-Masih, h. 303.
[vii] Umar Rida Kahhalah (1986), Mu`jam Muallifin Tarajum Musonnifin al-Kutub al-`Arabiah, Beirut, Dar Ihya’ al-Turath, h. 332.
[viii] Al-Hanbali (1972), op.cit, h. 80.
[ix] Jalaluddin al-Mahalli, http://www.geocities.com/risanuri/agama/syafii/Al_Mahalli, 5 September 2007. Lihat sumber asal Siradjuddin Abbas (1994), Sejarah dan Keagungan Madzab Syafi'i, Jogjakarta, Pustaka Tarbiyah,.

[x] Abdul `Azim Ahmad (1971) Tarikh Litafsir wa Manahij Limufassirin, c. I, Mesir, Dar al-Taba’ah al-Muhammadiah, h. 72.
[xi] Ibid.
[xii] Abdul Rashid Ahmad (2003), Tafsir al-Nasafi dan Tafsir al-Jalalayn: Suatu Kajian Perbandingan, Tesis Ph.D, Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h. 29.
[xiii] Abdullah Mustafa al-Maraghi (2001), Pakar-pakar Fiqh, Penj: Husein Muhammad, c. I, Jogyakarta, LKPSM, 302.
[xiv] Abdul Rashid Ahmad (2003), op.cit, h. 30-31.
[xv] Ibid, h. 31.
[xvi] Jalal al-Din Al-Suyuti (1967), Husn al-Muhadarah fi Tarikh Misr wa al-Qadirah, juz I, Kaherah, Isa al-Halabi wa Syurkah, h. 335.
[xvii] Jalal al-Din Al-Suyuti, www.islamicacademy.org, 4 September 2007.

[xviii] Jalal al-Din Al-Suyuti, http/en.wikipedia.org/wiki/jalal al-din al-suyuti, 4 September 2007.
[xix] Mahmud Ahmad Taha (1993), Jalal al-Din Al-Suyuti, Juz 2, ISESCO, h. 321.
[xx] Abdullah Mustafa al-Maraghi (2001), op.cit, h. 316.
[xxi] Rashid Ahmad (2003), op.cit, h. 36-37. Jalal al-Din Al-Suyuti (1967), op.cit, h. 336.
[xxii] Al-Suyuti (t.t), Bugyah al-Wu’at fi Tabaqat al-Lughawiyyin wa al-Nuhat, j. I, Beirut; Dar al-Ma’rifah, h. 472.
[xxiii] Mustafa al-Syak’ah (1981), Jalal al-Din Al-Suyuti, Kaherah; Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi, h. Muqaddimah al-Mu’allif.
[xxiv] Rashid Ahmad (2003), op.cit, h. 36.
[xxv] Ijazah pada tradisi dahulu merupakan otoritas keagamaan legal yang biasa diberikan seorang guru kepada muridnya, bilamana sudah mencapai kemampuan akademik yang memuaskan.
[xxvi] Abdullah Mustafa al-Maraghi (2001), op.cit, h. 316.
[xxvii] Rashid Ahmad (2003), op.cit, h. 37.
[xxviii] Ibid, h. 40.
[xxix] Ibid, h. 317.
[xxx] Abdullah Mustafa al-Maraghi (2001), op.cit, h. 317.
[xxxi] Abdul `Azim Ahmad (1971), op.cit, h. 73.
[xxxii] Abdullah Mustafa al-Maraghi (2001), op.cit, h. 316
[xxxiii] Dalam metod ini, mufassir menjelaskan makna-makna ayat al-Qur’an secara garis besar sahaja. Azyumardi Azra (ed) (2000), Sejarah dan Ulum al-Qur’an, cet ke - 2, Jakarta, Pustaka Firdaus, h. 185.
[xxxiv] Di sini nampak kecenderungan al-Suyuti kepada Syafi’i. Sebab, Hanafi wajib membasuh ¼ kepala, Maliki wajib seluruh kepala, Hanbali sama dengan Maliki. Hanya ia menambahkan kedua telinga juga bahagian kepala, sehingga harus dibasuh juga. Abd al-Rahman al-Jazairi (1990), Kitab al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah, j, I, Beirut; Dar al-Fikr, h. 54-61.
[xxxv] Di sini juga nampak kecenderungan al-Suyuti kepada Syafi’i. Maliki dan Hanbali mengatakan bahawa mengusap sampai siku hanya sunnah tidak wajib. Bagi mereka, wajib sampai dua pergelangan tangan sahaja. Ibid, 161.

20080316

Memahami Makna Puasa

Oleh: Hasan Jali



Setiap tahun, kita menyambut bulan ramadan dengan suka cita. Kerana, di bulan inilah amal ibadah dilipatgandakan pahalanya oleh Allah. Pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu, sehingga tidak mengganggu ibadah puasa umat Islam.


Rasulullah bersabda dalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah; “Bilamana masuk bulan ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, dan ditutup pintu-pintu neraka dan para syaitan dibelenggu…”.


Kerana kesempatan ini tidak datang kepada setiap insan, maka kita perlu bersyukur kepada Allah atas nikmat panjang umur dan berharap tahun hadapan dapat berjumpa kembali dengan bulan ramadan.


Ada beberapa makna disebalik puasa yang perlu kita renungkan. Pertama, lapar dan dahaga adalah simbol penderitaan orang miskin. Berpuasa bermakna kita turut merasakan bagaimana kesusahan yang dialami mereka sehari-hari. Mereka makan dan minum hanya sesekali sahaja. Mereka berfikir hari ini untuk makan esok harinya.


Kerana itu, Allah mengingatkan dengan puasa ini bahawa disekeliling kita masih banyak orang yang membutuhkan sedekah. Sebab, barangkali selama ini kita lupa diri atau terlalu mementingkan kesenangan peribadi, sehingga tidak sempat memikirkan kaum fakir-miskin.


Maka, bulan Ramadan ini menjadi saat untuk merenung dan mengambil ibrah dari perjalanan hidup kita sebelum ini. Dan kita perlu mulai menyadari bahawa orang fakir-miskin adalah bagian realiti kehidupan. Kerana itu, tidak sepatutnya mereka diasingkan atau tidak ambil peduli.


Sebab, pada asasnya mereka juga ingin hidup secukupnya. Namun, kerana fakor tertentu, mereka menjadi ‘korban’ kehidupan moden yang individualistik dan materialistik ini.


Zakat fitrah yang kita berikan pada bulan puasa ini adalah bukti kepedulian dan perhatian Islam terhadap kaum fakir-miskin. Dalam sebuah hadith Rasulullah pernah menyebut bahawa orang miskin yang sabar dan tabah, Allah akan memasukkannya ke dalam surga-Nya.


Kerana itu, di saat bulan puasa, orang fakir-miskin nampak gembira, sebab akan menerima sedekah dari umat Islam. Jika mayoriti umat Islam bahagia menyambut hari raya idul fitri setelah berpuasa satu bulan penuh, maka orang fakir-miskin senang kerana akan mendapat rizqi hasil zakat fitrah.


Maka, umat Islam janglanlah merasa pelit untuk mengeluarkan zakat fitrah, walau jumlahnya sedikit. Sebab, yang diambil kira bukan soal kuantiti zakat, tapi keihklasan dalam bersedekah. Keikhlasan itulah yang mendapat nilai tambah disisi Allah.


Kedua, Imam al-Gazali dalam Ihya’ `Ulum al-Din menulis bahawa puasa tidak hanya menahan dari makan dan minum, tetapi harus menahan seluruh anggota badan untuk tidak melakukan maksiat. Seperti menahan mata dari melihat sesuatu yang tercela dan dibenci Allah, menjaga lidah dari berbohong atau memfitnah dan menahan pendengaran dari sesuatu yang dibenci agama.


Al-Gazali menyebut keadaan ini sebagai saum al-khusus.


Bila kita dapat melakukan semua itu selama satu bulan, maka kita akan mendapatkan kualiti ibadah puasa yang sebenar. Kita akan mencapai nilai taqwa yang sesungguhnya.


Jika ia dapat dipertahankan setelah bulan ramadan, maka ia telah mendapatkan hikmah puasa. Sebab untuk mengukur, apakah seseorang mencapai nilai puasa, maka dapat dilihat perilaku setelah Ramadan selesai. Adakah ada matlamat peningkatan ibadah dan perbaikan akhlaknya atau tidak ada peningkatan sama sekali.


Inilah dua makna penting puasa. Semoga kita semua mendapat berkah bulan Ramadan dan menikmati malam lailatul qadar. Amin.

20080314

Konsep Imamah Dalam Pemikiran Ali Syari’ati

Oleh : Hasan Jali, STh.I
(Mahasiswa Magister Universiti Malaya, Malaysia)

A.Latar Belakang Keluarga

Ali Syari’ati berasal dari keluarga religius-profesional di Iran. Keluarga ini terkenal saleh, zuhud dan suka membantu masyarakat. Akhund Mulla Qurban‘Ali yang lebih dikenal dengan sebutan Akhund-e Hakim, atuk Ali Syari’ati semula diundang untuk tinggal di Mazinan sebagai otoriti keagamaan di sana. Mazinan masa itu merupakan sebuah desa yang kecil, terletak di pinggir kurun Provinsi Khurasan.1

Ayah Syari’ati bernama Muhammad Taqi Mazinani. Dia datang ke kota suci Masyhad antara tahun 1927 dan 1928 untuk belajar agama di Hawzah ‘Ilmiyyah Masyhad. Setelah menyelesaikan studi teologi dasarnya (muqaddamat) dan memulai studi menengahnya (sath), Muhammad Taqi meninggalkan perguruan agama dan menjadi guru dalam sistem pendidikan nasional. Ia percaya bahawa kaum muda terpelajar yang akan menjadi warga Negara bertanggung jawab di masa hadapan harus diperkenalkan dengan ajaran Islam yang sesuai dengan zaman moden.

Dengan demikian, Muhammad Taqi mematahkan dua tradisi yang sudah lama. Pertama, setelah menyelesaikan belajarnya, ia tidak kembali ke Mazinan, tempat tinggal tadisional keluarganya. Kedua, sekalipun ia memiliki syarat untuk menjadi ulama’, seperti para atuknya, dia melepaskan pakaian keagamaannya dan menggantinya dengan Barat.2

Dia bertekad untuk mendidik generasi yang diyakininya sebagai agen-agen perubahan di masa hadapan.


B.Situasi Sosial Politik

Seperti diketahui, pada saat itu, Iran dipimpin oleh Reza Syah yang otoriter dan diktator. Semua aktiviti sosial, politik dan keagamaan dibelenggu. Ruang kebebasan tidak ada sampai ia dipaksa turun pada tahun 1941. Setelah itu, aktiviti keagamaan dan politik publik yang sepenuhnya terkekang itu, kembali berghairah. Bahkan, parti Tudeh (parti yang sebenar berideologi komunis) tidak menyebut dirinya Parti Komunis Iran agar tidak menyinggung sensitiviti keagamaan luas, juga berkembang luas.

Dalam keadaan seperti itu, Muhammad Taqi Syari’ati memulai dakwah persendirian untuk menyampaikan dan menyebarkan apa yang diyakininya sebagai semangat Islam yang progresif. Tahun 1944, Pusat Dakwah Kebenaran Islam (Kanoun-e Nashr-e Haqayeq e Islami/KNHI) resmi dibuka di Masyhad.3

Tujuan utama dari organisasi ini adalah membendung dan menolak pengaruh ateisme yang dipropagandakan oleh kaum komunis dan untuk merangkul kembali intelektual muslim yang jatuh ke tangan kaum Kasravi.4

Namun, kerana kecenderungan organisasi Islam tersebut yang lebih beraliran modernis, akhirnya membawa konflik dengan kelompok syi’ah yang kuat di Masyhad. Sebab, setelah tahun 1941 (setelah jatuhnya Reza Syah) terjadi ketidakstabilan kondisi sosial, di mana kaum intelektual memiliki kecenderungan Marxis, sedangkan kelompok agamawan cenderung reaksoner.

Setelah Reza Syah turun, Iran dipimpin oleh Mosaddeq. Tahun 1953, Amerika mendalangi untuk menjatuhkan kerajaan nasionalis pimpinan Mosaddeq tersebut. Pada masa itu, organisasi KNHI resmi menjadi pusat akiviti pro-Mosaddeq di Masyhad. Namun pada tahun itu pula, berdiri Gerakan Perlawanan Nasional (NRM) yang didedikasikan untuk kesinambungan kebijakan Mosaddeq. Akhirnya, anggota pusat organisasi KNHI bergabung dengan NRM.5

Organisasi yang bergabung dengan NRM pula ialah Gerakan Sosialis Penyembah Tuhan atau Nehzat-e Khoda Parastan-e Sosialis (MGWS) yang didirikan oleh Muhammad Nakhshab.


C.Masa Remaja Ali Syari’ati.

Ali Syari’ati, anak pertama Muhammad Taqi dan Zahra lahir pada 24 November 1933. Ali lahir dalam keluarga terhormat. Dalam keluarga ini, ritual keagamaan ditunaikan dengan seksama. Islam dipandang oleh keluarga ini lebih sebagai doktrin sosial dan filsafat yang sesuai dengan zaman moden dari pada keyakinan masa lalu yang bersifat peribadi dan hanya memikirkan sendiri.

Tahun 1941, Ali masuk tingkat pertama sekolah swasta Ibn Yamin. Di sekolah inilah ayahnya bekerja.

Di sekolah, Ali mempunyai dua perilaku yang berbeza dengan kawan-kawannya. Dia pendiam, tak mau di atur dan rajin. Dia dipandang sebagai penyendiri, tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar. Kerana itu, dia tampak tidak bermasyarakat.

Menurut teman sekelasnya, dia tidak banyak bergaul dan tidak bermain bola sepak – olahraga yang lazim untuk anak seusianya. Di kelas, dia selalu memandang ke luar jendela dan tidak memperhatikan dunia sekelilingnya.

Di rumah, Ali biasa bersama ayahnya yang membaca hingga larut malam, bahkan sampai menjelang pagi. Dia tidak pernah membaca bacaan yang diwajibkan sekolahnya dan tidak pernah mengerjakan pekerjaan rumah.6

Ali meminati bacaan filsafat dan mistisisme. Ia mulai menyenangi kedua-duanya sejak tahun-tahun pertamanya di sekolah menengah atas. Selama tahun-tahun ini, dia lebih suka belajar di rumah. Dia asyik berada di perpustakaan ayahnya yang mempunyai koleksi 2000 buku.

Menurutnya, ayahnya yang membentuk jiwa dan semangatnya. Adalah sang ayah jugalah yang mengajarnya seni berfikir dan ‘teknik’ untuk menjadi manusia. Sang ayah jugalah yang pertama kali mengenalkannya rasa kebebasan, kemerdekaan, harga diri, keluhuran budi dan iman.

Dengan keadaan seperti itu, Ali dengan agak berbangga pernah mengatakan bahawa selama periode ini, dia seratus langkah lebih maju dibanding teman sekelasnya dan sembilan puluh sembilan langkah dihadapan guru-gurunya.

Pada periode ini pula, Ali berminat kepada sastera, syair dan kemanusiaan dari pada ilmu sosial atau studi keagamaan. Meskipun di rumah ia belajar bahasa arab kepada ayahnya, fokus utamanya ialah studi filsafat dan karya-karya penyair serta penulis moden Iran dan asing.

Konon, ia mempelajari dan mendapat inspirasi dari karya-karya Saddeq-e Hedayat, novelis ternama Iran yang beraliran nihilistis, Nima Yousheej, bapak syair moden Iran, Akhavan-e Saless, penyair kontemporer Iran terkenal dan Maurice Maeterlinck, penulis Belgium yang karya-karyanya memadukan mistisisme dengan simbolisme.7 Syari’ati ingat bahawa perhatiannya kepada filsafat timbul kerana sebaris kalimat Maeterlinck yang berbunyi: “Bila kita meniup mati sebatang lilin, kemanakah perginya nyala lilin itu?

Namun, Ali bukan tipikal anak pintar yang tidak suka bermasyarakat, yang menghindari masyarakat kerana tidak menghargai mereka juga bukan kerana tidak sependapat dengan mereka. Bila suasana hatinya sedang baik, Syari’ati menjadi baik, ramah dan akrab serta memperhatikan kepentingan orang lain.

Dikalangan teman-temannya, dia terkenal sifat humor, cerdas, suka melawak dan bergurau. Sifat-sifat inilah yang kemudian menjadi senjata penting dan ampuh dalam menghadapi lawan dan musuh intelektualnya kemudian hari.

Menurut penuturannya sendiri, Syari’ati mengalami krisis keperibadian pertamanya yang serius antara tahun 1946 dan 1950. Masa itu, dalam usia belasan tahun ia sudah membaca karya Maurice Mauterlinck, Arthur Scopenhuer, Franz Kafka, dan Saddeq-e Hedayat.

Kerana pengaruh tulisan merekalah, Syari’ati merasakan fondasi keagamaannya terguncang.8 Kesejukan, ketenangan dan keyakinan akan eksistensi Tuhan berubah menjadi kegelisahan dan keraguan.

Baginya, eksistensi tanpa Tuhan begitu menakjubkan, asing dan sepi, membuat kehidupan itu sendiri menjadi suram dan hampa. Keasyikan belajar dan berfikir membuat Syari’ati mengalami krisis keimanan yang serius. Dia merasa berada di jalan buntu filosofis, yang akibatnya, menurutnya hanya bisa berupa bunuh diri atau gila.9

Pada suatu malam musim dingin, dia berfikir untuk bunuh diri di Eskhtar-e Koohsangi yang romantis di Masyhad. Namun itu tidak sempat terjadi sampai akhirnya ia menemukan kesejukan dalam Masnawi-nya Maulawi, gudang spiritual filsafat timur. Pada malam itu, kata-kata dan pemikiran Maulawi yang menyelamatkan Syari’ati dari kehancuran diri. Mistisisme Maulawi meninggalkan kesan yang tak terhapuskan pada diri Syari’ati muda.

Setelah itu, Syari’ati menyebutkan bahawa mistisisme bersama kemerdekaan dan persamaan sebagai tiga tamu historis utama dan dimensi fundamental manusia ideal.

Tahun 1950, setelah menyelesaikan sekolah menengah atas, Syari’ati masuk Kolose Pendidikan Guru Masyhad. Dia tinggal di Asrama. Pada saat itu, dia berada di antara pertentangan konsepsi-konsepsi makna dan tujuan hidup, cara mencapai tujuan itu dan peranan serta tanggung jawab manusia di muka bumi.

Pada tahun 1952 dia lulus dari Kolose Pendidikan Guru Masyhad. Pada masa ini, tampak seolah-olah dia telah menyelesaikan sejumlah isu teologis yang menghantui pikirannya selama bertahun-tahun. Ledakan agnotisme kognitif, keyakinan yang berubah-rubah, dilema filosofis, keyakinan yang setengah-setengah yang mewarnai masa remajanya mulai reda. Ketidakpastian dan kegelisahan digantikan oleh keyakinan kukuh kepada fakta bahawa dia telah mencapai puncak kepastian pertama.

Dia telah menemukan Islam sebagai medium epistimologis untuk mengetahui dan mendefinisikan kehidupan dan masyarakat yang ideal.10 Selanjutnya, dia menyebut model peran ideal atau agen untuk mencapai masyarakat Islam ideal ada pada watak Abu Dzar.

Kedamaian dan keseimbangan yang baru ditemukan Syari’ati tercermin dengan sangat baik dalam karya-karya seriusnya yang pertama, Tarikh-e Takamol-e Falsafe (Sejarah Perkembangan Filsafat), yang pada umumnya dikenal dengan nama Maktab-e Vaseteh-e Islam (Jalan Tengah Islam) dan Abu Zar-e Ghifari.

Dalam Abu Zar-e Ghifari, Syari’ati menciptakan pahlawan, model dan simbol yang tegar menghadapi kekayaan, kekuasaan bahkan otoriti keagamaan untuk menyelamatkan Islam ‘otentik’ kaum miskin, tertindas dan kaum yang sadar sosial.

Abu Dzar bagi Syari’ati adalah sinyal dan tanda mengenai Islam yang taat, tegar, revolusioner yang berbicara tentang persamaan, persaudaraan, keadilan dan pembebasan.

Lebih jauh lagi, dengan watak Abu Dzar yang seperti itu, membuat Syari’ati yakin bahawa konsep-konsep seperti keadilan sosial, persamaan, kebebasan dan sosialisme yang sampai ke Iran melalui intelektual Barat merupakan bagian integral warisan Islam.

Kerana itu, Syari’ati dengan bangga mengatakan: ‘Abu Dzar adalah leluhur segenap mazhab egaliter pasca-Revolusi Perancis’.11

Ali Rahnema menulis

“Adalah tepat kiranya kalau dikatakan bahawa sejak usia dua puluh tahun sampai meninggal, semangat memuja hero Abu Dzar dalam diri Syari’ati berkembang menjadi rasa takzim yang begitu mendalam”.12


D.Masa di Universiti

Tahun 1955, Syari’ati masuk Fakulti Sastera Universiti Masyhad yang baru sahaja diresmikan. Selama di Universiti, sekalipun menghadapi persoalan administrasi akibat pekerjaan resminya sebagai guru full-time, Syari’ati yang paling tinggi rankingnya di kelas.

Bakat dan kesukaannya kepada sastera menjadikannya popular dikalangan mahasiswa.

Tahun 1957, di seluruh Iran, cabang-cabang NRM mendapat serangan. Empat belas anggota penting NRM cabang Masyhad ditahan dan diterbangkan ke Teheran dengan pesawat udara tentara dan dipenjarakan di Qezel Qal’eh. Muhammad Taqi dan Ali Syari’ati termasuk di antaranya. Ali adalah yang termuda dalam kelompok ini.

Kelompok ini dituduh mengikuti doktrin Mosaddeq. Satu bulan kemudian, Ali Syari’ati dibebaskan.

Di Universiti, Ali bertemu Pouran. Mereka menikah di Masyhad pada 15 Juli 1958. Lima bulan setelah menikah, Ali mendapat gelar BA dibidang sastera Persia.

Kerana prestasi akademiknya baik, ia mendapat beasiswa melanjutkan studi ke luar negeri. Pada April 1959, Syari’ati pergi ke Paris sendirian. Isteri dan puteranya yang baru lahir, bernama Ehsan bergabung setahun kemudian.13



E.Kehidupan di Paris

Pengalaman Syari’ati di Paris mencerahkan sekaligus menyedihkan. Perasaannya sangat campur aduk. Dia membenci aspek tertentu dan memuji aspek lainnya. Dia menghina keburukan sosial, degenerasi moral Paris yang tercermin pada wanita di jalan-jalan, rumah judi dan club malam.14

Di lain pihak, dia sangat takzim kepada kesedaran sosial dan pencerahan intelektual Paris yang tercermin pada orang-orang rendah hati dari berbagai lembaga pendidikannya.

Dia menuturkan, bagaimana gurunya membimbingnya ke puncak perenungan manusia, pencerahan spiritual dan pemikiran sosial.

Ketika belajar di Barat itu pula, Syari’ati dapat mengetahui perspektif yang sangat kritis terhadap masyarakat Barat sendiri dan mengetahui metodologi yang tepat untuk mengemukakan dan mempertahankan teori mereka.

Pendidikan Barat Syari’ati membuatnya dapat melihat karya-karya ilmiah dan interpretasi non-Syi’ah mengenai Syi’ah. Akibatnya, Syi’ah Syari’ati sangat berbeza dengan Syi’ah resmi di Iran. Dia lebih memperhatikan kandungan sosio-politik, pesan dan implikasi dari apa yang sedang ditulis mengenai isu-isu Islam, ketimbang ajaran dasar Syi’ah.

Syari’ati pula memuji gurunya di Barat, Louis Massignon, Islamolog Katholik Perancis terkenal. Dia menyebut Massignon seorang manusia jenius, sempurna, figur spiritual, jiwa yang benar-benar baik dan murni.15

Menurutnya, antara tahun 1960 dan 1962 dia bekerja sebagai asisten riset Massignon. Bersama Massignon, Syari’ati mengalami perubahan ruhani yang penting.

Kalau Matsnawinya Maulana mengubah pandangan dan visinya pada awal dewasanya, Massignonlah yang merubah pandangan Syari’ati pada awal kematangannya.

Di Paris, Syari’ati mulai menerjemahkan buku Massignon mengenai Salman Al-Farisi.

Selain Massignon, sarjana Barat yang juga membentuk intelektualiti Syari’ati ialah sosiolog ternama, George Gurvitch, yang kuliah-kuliahnya diikuti Syari’ati dengan seksama dan rutin selama lima tahun tinggal di Paris.

Syari’ati menyukai gaya hidup dan teori sosiologi imigran Rusia ini, yang berselisih dengan Stalin dan menyelamatkan diri dari kaum Fasis dan Stalinis. Pada sosok George, Syari’ati merasa menemukan Abu Dzar versi Barat.16

Selama di Paris, Syari’ati berkenalan dengan karya-karya dan gagasan baru yang mencerahkan, yang mempengeruhi pandangan hidup dan wawasannya mengenai dunia.

Di masa itu, subjek yang paling diminati ialah sosiologi, filsafat dan teologi.

Salah seorang diantaranya, Frantz Fanon. Ia banyak mengajar Syari’ati tentang solidariti dunia ketiga, internasionalisme dan penolakan terhadap pembangunan Eropa.

Syari’ati menerjemahkan A Dying Colonialism karya Fanon.

Dalam tulisan-tulisan dan pidato-pidatonya kemudian, Syari’ati banyak mengutip kesimpulan buku Wretched of the Earth karya Fanon, yang diterjemahkannya di Paris.17

Gurunya yang lain adalah Jacques Berque. Darinya Syari’ati mendapatkan pandangan sosiologi tentang agama.18

Selain mengikuti kelas yang diajar oleh para intelektual di atas, Syari’ati juga banyak membaca karya-karya yang banyak memberinya perubahan diri.

Sartre (m. 1960) ialah diantaranya. Dari karyanya, Syari’ati mendapatkan prinsip kebebasan manusia dan sebagai akibatnya tanggung jawab manusia untuk bangkit melawan segala bentuk penindasan.19 Syari’ati juga bertemu dengan Albert Camus (m. 1980) di Paris.

Ia juga membaca karya Jean Cocteau yang menunjukinya, bagaimana jiwa manusia dapat berkembang.

Karya Alexis Carrel memperlihatkan kepada Syari’ati keselarasan ilmu pengetahuan dan agama.20

Tahun 1963, Syari’ati mempertahankan tesis doktoralnya, ‘Les Merites de Balkh’ (Segi Positif Balkh). Tesisnya berupa terjemahan 155 halaman ke bahasa Perancis atas bab ketiga dari sebuah dokumen abad ketiga belas tulisan Saifuddin Balkhi.

Tesis Doktoral Syari’ati ditulisnya atas arahan Profesor Gilbert Lazard untuk Faculte des Lettres Universiti Paris di Sorbonne.21

Disertasi Syari’ati diterima dengan predikat passable, predikat kelulusan yang paling rendah.

Pada September 1964, Syari’ati dan keluarga kembali ke Iran melalui jalan darat. Ia berada di Iran kira-kira 13 tahun. Kemudian dia meninggalkan Iran pada 16 Mei 1977 menuju Belgium lalu ke British. Dia tak pernah kembali ke Iran dan meninggal pada 19 Juni 1977.

Begitulah kehidupan singkat Syari’ati selama keberadaannya di Iran. Ia telah diagung-agungkan sebagai tokoh revolusioner moden hebat diantara tokoh-tokoh yang lain.

Secara singkat ada beberapa tokoh revolusi yang dapat disebut di sini, yaitu Ayatullah Khomeini (m. 1989), Murtadha Muthahhari (m. 1979), Ali Hashemi Rafsanjani, Bani Sadr dan Ali Syari’ati.

Menurut sejumlah pengamat revolusi Iran, nama Ali Syari’ati harus diletakkan pada senarai pertama dari kelompok intelektual penting yang melawan rezim Syah.22



F.Karya-karya Ali Syari’ati

Berikut ini beberapa buku Syari’ati yang ditulis Saifullah dalam tesisnya23, diantaranya:

1.On The Sociology of Islam, buku ini telah diterjemahkan oleh Hamid Alghar dalam bahasa Inggris. Ia mengandungi idea-idea Ali Syari’ati tentang cara memahami Islam, insan kamil dan tauhid.

2.The Vissage of Muhammad, karya ini merupakan refleksi historis dari pada diutusnya Nabi.

3.What is’t be Done; The Enlightened Thinkers and Islamic Renaissence, berisi huraian Ali tentang tanggung jawab intelektual muslim.

4.Man and Islam, buku yang menjelaskan tentang konsep manusia, penciptaan, eksistensinya dalam pandangan Tuhan dan tugas yang harus diemban intelektual muslim

5.Hajj, sebuah buku tentang interpretasi simbolik mengenai ritual-ritual haji.

6.Marxism and Other Western Fallacies, buku yang menggugat secara tajam terhadap Marxisme dan falsafah Barat yang mewakili ideologi humanisme.24

7.Al-ummah wa al-Imamah, koleksi lengkap tentang pemikiran Syari’ati tentang ummah dan imamah dilihat dari aspek sosiologis.

8.Martyrdom; Ariise and Bear Witness, huraian Syari’ati yang mendalam tentang perjuangan Imam Husayn di Karbala.

Kerana sikapnya yang keras terhadap Marxisme ini dan semangat pembebasannya yang revolusioner, Haidar Baqir, salah seorang intelektual Indonesia menggambarkan Syari’ati sebagai “Seorang yang ‘Marxis’ yang anti Marxisme dan seorang syii yang ‘sunni’.25

Haidar menulis:

"Mungkin peribadi revolusionernya, penentangannya terhadap kapitalisme dan kolonialisme, permusuhannya terhadap penindasan manusia oleh manusia telah menggiringnya kepada kemiripan dengan beberapa gagasan kaum Marxis, yang memang berbagi isu yang sama. Mungkin juga pengaruh Jala-i Ahmad dan Frantz Fanon turut berperan di sini".26



G.Pengertian Imamah

Konsep Imamah bermula dari kata umat, jamaknya umam yang artinya umat, rakyat atau bangsa. Dalam bahasa inggrisnya disebut nation, people.27 Dalam kamus Munawwir, ia bermakna; imam atau pemimpin.28 Dari akar kata itulah muncul perkataan imamah.

Imamah adalah doktrin Syi’ah Islam tentang kepemimpinan politik dan spiritual dalam khilafah yang harus dipegang oleh salah seorang imam dari keturunan Sayyidina Ali.

Setelah Nabi Muhammad meninggal, siapakah yang seharusnya memegang kepemimpinan khilafah?29 Keluarga Nabi menghendaki dari keluarganya yakni Ali bin Abi Thalib. Namun di saat mereka sibuk mengurus jenazah Nabi, Abu Bakar sudah dibai’at menjadi khalifah, sehingga mereka tidak sempat mengikuti pembai’atan itu.

Kerana itu, keluarga Nabi tersebut tidak segera berbaiat kepada Abu Bakar. Sungguhpun begitu, pada akhirnya mereka tidak boleh tidak membai’atnya juga.30

Di sinilah awal munculnya benih-benih perbezaan yang menjadi dua kelompok besar yaitu Sunni dan Syi’ah.

Kelompok sunni percaya bahawa kepemimpinan harus dipegang oleh mereka yang dipilih. Sedang Syi’ah percaya secara definitif harus terdiri dari 12 orang keturunan Rasulullah.

Ali bin Abi Thalib yang menjabat sekitar 17 Maret 599 M-28 Februari 661 H adalah khalifah yang keempat dan terakhir bagi kelompok sunni, tapi yang pertama bagi Syi’ah.

Syi’ah sekarang ini, khususnya aliran istnaa-asyariyyah banyak berkembang di Iran, Iraq dan Lebanon.31

Setelah Imam yang kedua belas, konsep kepemimpinan Syi’ah tidak dapat dipertahankan lagi, sehingga muncul istilah Vilayat-e Faqih yang diderivasi oleh Imam Khomeini sehingga menghasilkan revolusi 1979 di Iran.

Syi’ah 12 berpendapat bahawa setelah ghaibnya imam mereka yang kedua belas, kepemimpinan dilanjutkan oleh para sarjana, mujtahid, dan ayatullah sehingga sang imam muncul kembali.32


G. Syi’ah Istna ash’ariyyah.33


H. Syi’ah Ismaili.34

Syi’ah Ismaili berbeza dengan Syi’ah dua belas. Mereka menerima Imam Isma’il bin Jakfar sebagai imam. Imam Jakfar adalah saudara tua Musa Al-Kadzim, Imam ketujuh dalam Syi’ah itsna-asyariyyah. Mereka juga menerima Muhammad bin Ismail sebagai Imam.
Imam Syi’ah Ismai’li sebagai berikut:
1.Ali ibn Abi Talib (632–661)
2.Hasan ibn Ali (661-669)
3.Husayn ibn Ali (669–680)
4.Ali ibn Husayn (Zayn al-Abidin) (680–713)
5.Muhammad al-Baqir (713–733)
6.Ja’far al-Sadiq (733–765)
7.Ismail bin Ja’far
8.Muhammad ibn Ismail (765-?)



I.Ummah dan Imamah Dalam Pemikiran Ali Syar’ati

Istilah ummah adalah konsep khas yang ada pada Islam. Ia menggantikan beberapa istilah yang oleh, Montgomery Watt mempunyai kemiripan erti sebelumnya, seperti nation, qabilah, qaum, sya’b, thabaqah, tha’ifah, ras, massa, people.

Syari’ati mengatakan bahawa ummah dan imamah merupakan prinsip akidah islamiah yang paling penting dan terkenal, khususnya dikalangan mazhab Syi’ah.35 Tidak mengherankan, bila konsep kepemimpinan Islam mendapat perhatian lebih banyak pada kelompok Syi’ah dibandingkan kelompok Sunni.
Tajuk inilah yang paling banyak dibicarakan dari dahulu hingga sekarang.36
Kerana itu, ia ingin melihat kajian ini dipandang secara sosiologis dan konteksnya dengan keidupan manusia, kerana ia lebih dinamis dan moden.
Kerana itu, sedari awal ia menegaskan bahawa ia akan melihat kajian ini secara sosiologis dalam paradigma ilmu sosial.37
Menurut Syari’ati, kata ummah berasal dari kata ‘amma artinya bermaksud (qashada) dan berniat keras (‘azima). Pengertian ini mencakup tiga makna yaitu ‘gerakan’, tujuan dan ‘ketetapan hati yang sadar’.
Kata amma pula pada awalanya, menurut Syari’ati berarti kemajuan. Dengan demikian secara luas mencakup empat erti: usaha, gerakan, kemajuan dan tujuan.
Secara prinsipil, kata ummah berarti jalan yang terang. Artinya, suatu kelompok manusia yang menuju ke jalan tertentu. Dengan demikian, kepemimpinan dan keteladanan, jalan dan tempat yang dilalui terangkum dalam istilah ummah.
Itu berarti ia menolak pengertian lain, seperti keturunan (ras), tanah air (people), perkumpulan (tha’ifah), kebersamaan (jama’ah), baik dalam tujuan, profesi dalam pelbagai perangkatnya (thabaqah), ras, status sosial, dan gaya kehidupan yang dipandang sebagai pengikat dasar dan sakral antar pelbagai individu, tidak termasuk pengertian ummah.38

Jadi apakah yang paling dasar dalam Islam yang menjadi pengikat paling penting untuk mempersatukan individu-individu? “Jalan yang dilalui” jawab Syari’ati.39
Kelebihan lain yang ada pada konsep ummah ialah menempatkan kebersamaan dalam arah tertentu dan pembentukan kekerabatan lahir-batin sebagai ciri dasar yang mengikat manusia. Ini berbeza, dalam pemikiran Syari’ati dengan istilah qabilah ­– konsep terbaik menurut Syari’ati - yang hanya menempatkan ‘tujuan yang sama’ sebagai pengikat individu tersebut.

Syari’ati menulis:

"Dalam istilah qabilah, memang terdapat kebersamaan tujuan, tapi tidak ditemukan adanya gerakan yang menuju tujuan tersebut. Sebab, sangat mungkin ada sekumpulan orang yang mempunyai tujuan yang sama, tapi tidak memiliki ikatan atau keharusan apapun berkaitan dengan jalan yang dilalui untuk menuju tujuan tersebut. Mereka memang memiliki kesamaan dalam keyakinan dan tujuan (konsepsional dan emosional) sebagaimana halnya dengan kaum muslim sekarang ini. Tetapi mereka tidak melangkah dengan langkah yang sama dan serempak menuju ke arah yang sama. Tujuan yang ingin dicapai terletak pada titik tertentu, dan gerakan mereka menuju ke arah yang lain. Dalam istilah ummah, gerak yang mengarah ke tujuan bersama itu justeru merupakan landasan ideologis".40

Istilah qaum (berdiri), mungkin memiliki makna yang dinamis pula. Tapi, gerak di sana dalam pemikiran Syari’ati tetap tidak dinamis. Istilah qaum mengandung bergerak di tempat. Sebab, orang yang tergabung di sana memang bergerak, tapi tidak pernah beranjak dari tempatnya berdiri. Jadi, berdiri bukanlah bergerak.
Gerakan adalah perpindahan dari satu titik ke titik lain atau perubahan dari kualiti menuju kualiti dan bentuk lain.41 Sedangkan qiyam hanya berupa perubahan wujud, bukan perubahan kualiti. Jadi, ia tidak disebut hijrah, baik secara fisikal atau psikologi.

Sedang ummah adalah kumpulan orang yang berpindah dan bergerak dan mengandung konsep:
1.Kebersamaan dalam arah dan tujuan.
2.Gerakan menuju arah dan tujuan tersebut.
3.Keharusan adanya pimpinan dan petunjuk kolektif.42

Secara ringkas, ummah ialah sekumpulan manusia, di mana para anggotanya memiliki tujuan yang sama, dan satu sama lain tolong-menolong agar bisa bergerak menuju tujuan yang mereka cita-citakan berdasar kepemimpinan kolektif.43
Mereka memiliki kesatuan pemikiran, keyakinan, mazhab, dan metodologi yang tidak sahaja tergambarkan dalam idea, tetapi terbukti perwujudannya secara konkrit.
Maka, dilihat dari konteks tersebut, istilah ummah dengan sendirinya membutuhkan imamah – keharusan yang sama sekali tidak dimiliki konsep lain, seperti qabilah, jama’ah, qaum, nation dan yang lain. Dengan itu, berarti tidak ada ummah tanpa imamah.44

Menurut Syari’ati, dalam sejarahnya manusia selamanya ingin mempunyai pemimpin. Kerana itu, dalam sejarah umat manusia, tidak ada seorangpun yang tidak membutuhkan imam baik yang real ataupun khayal.

Hal ini dibuktikan dalam sejarah, kebudayaan dan agama-agama yang terus berlangsung dalam bentuk mencintai pahlawan, menghamba kepada kepala suku, kultus individu dan dalam bentuk lainnya, baik yang positif atau negatif.

Bahkan, dikalangan intelektual pun. Orang-orang seperti Nietzsche, Hegel, Crlyle adalah orang-orang yang percaya kepada adanya pahlawan (hero), dan berpendapat bahawa manusia agar bisa hidup dalam kehidupan yang lebih baik dan paling tinggi serta dapat beranjak kepada kehidupan dunia yang lebih tinggi dan agung, ia mesti berlindung kepada “manusia super” .45

Syari’ati mencatat pula kalau kekacauan di zaman moden ini, kerana tidak adanya idola. Mengutip seorang pemikir Perancis, Caneon mengatakan “Kemelut manusia moden telah mencapai tingkat hingga lenyapnya hero”. Namun, tentu kepahlawanan di sini, menurutnya tidak sama seperti yang ada pada fasisme dan militerisme.
Konsekuensi logik pula bahawa setiap anggota ummah itu harus mematuhi pemimpin komuniti tersebut dengan ketaatan tanpa paksaan.46

Kemudian apa fungsi imamah sendiri? “Ia dipilih sebagai kekuatan penstabilan dan pendinamisan massa”, tulis Syari’ati.

Dalam konsep pertama, ialah bagaimana menguasai massa sehingga berada dalam stabiliti dan ketenangan, kemudian melindungi mereka dari ancaman, penyakit dan bahaya.

Dalam konsep kedua, ialah berkaitan dengan asas kemajuan dan perubahan sosiologis, sosial dan keyakinan serta menggiring massa dan pemikiran mereka menuju bentuk ideal.

Di antara dua fungsi imamah di atas, yang kedua lebih ditekankan.
Dengan demikian, tulis Syari’ati:
Imamah bukanlah lembaga yang anggota-anggotanya menikmati kenyamanan dan kebahagiaan yang mapan, dan bukan pula melepaskan diri dari kepemimpinan dan tanggung jawab dari persoalan kesejahteraan umat serta bukan kehidupan tanpa tujuan.47

Secara singkat tugas imam ialah mewujudkan asas kerajaan kepada kemajuan, perubahan, transformasi dalam wujudnya yang paling cepat, melakukan akselerasi dan menggiring umat menuju kesempurnaan.


Kita bandingkan dengan pernyataan Sayyid Muzhaffar, seperti dikutip Jalaluddin Rakhmat. Ia menulis:

"Kami percaya bahawa para imam adalah ulul amr yang diperintahkan oleh Allah untuk ditaati. Sebab, mereka adalah saksi bagi manusia, pintu-pintu Allah, dan jalan menuju-Nya. Mereka adalah penunjuk jalan, wadah ilmu Allah, penerjemah wahyu-Nya, tonggak-tonggak tauhid-Nya, lemari makrifat-Nya. Kerana itulah, mereka menjadi pembawa keamana di bumi, seperti bintang membawa keamanan bagi ahli langit”.48

Namun, Syari’ati secara tegas menolak kalau imam adalah “supra manusia”. Sebab, bila imam terdiri dari supramanusia, ia tidak mungkin memiliki hal-hal yang dapat dijadikan teladan yang baik bagi manusia.

Syari’ati mengatakan, kalau imam itu malaikat, pasti kita tidak mungkin meneladaninya. Dengan mengabaikan hal itu, maka manusia dapat mencapai derajat yang dinyatakan dalan al-Qur’an sebagai lebih tinggi dibanding derajat yang dimiliki oleh semua malaikat yang muqarribin.49

Lebih tepat ia disebut “manusia super” yang selaras dengan tuntunan manusia akan moral bagi kehidupan individu maupun masyarakat, serta selaras dengan kebutuhan intelektual dan psikologi. Ia akan selalu membimbing individu dalam kelompok umat dan melembutkan spritualiti dan menajamkan pikiran manusia.50

Maka, jelas dalam pemikiran Syari’ati, imam bukanlah non-manusia. Sebab, jika kita menganggap dzat imam lebih tinggi dibanding manusia lainnya dan tidak ada yang lebih tinggi darinya kecuali Tuhan, maka kita akan jatuh kepada syirik.51

Imam hanya manusia biasa yang telah mencapai tingkat semestinya dicapai oleh manusia, dan orang-orang lain belum mencapai tingkat tersebut. Imam itu akan terus-menerus berusaha mencapai kemanusiaan dengan makrifat.

Artinya, secara umum dalam pemikiran Syari’ati, imam lebih umum dibanding pengertian pemimpin politik, ketua partai, pahlawan atau superman. Imam adalah “perwujudan manusiawi yang membentuk roh, moral dan cara hidupnya sebagai petunjuk bagi umat manusia tentang bagaimana seharusnya menjadi manusia dan bagaimana seharusnya hidup itu”.

Syari’ati menulis:

"Tugas seorang imam tidak hanya terbatas pada memimpin dalam salah satu aspek politik, sosial, ekonomi, dan tidak terbatas sebagai panglima, amir atau khalifah, tapi tugasnya adalah menyampaikan kepada umat manusia dalam semua aspek pelbagai kemanusiaan. Imam seperti ini, tidak terbatas kepada hidupnya sahaja, tetapi selalu hadir di setiap saat dan hidup selamanya”.52

Sementara individu sendiri dalam umat juga mempunyai kewajiban dan tanggung jawab sebagai pertubuhan organisme umat. Mereka harus mengetahui imam mereka, mengakui dan mempercayainya.

Dan apabila dijumpai individu yang lebih mementingkan kehidupan yang mapan, tidak mau bergerak dan menuju kesempurnaan, maka yang demikian tidak patut berada ditengah-tengah atau kelompok umat.53 Umat mesti begerak cepat dan tidak berdiam diri.

Namun tujuan umat sendiri pada akhirnya, seperti ditulis Syari’ati terbahagi menjadi dua:
1.Suatu transformasi terus-menerus menuju tercapainya kesempurnaan yang mutlak, dan
2.Perjalanan tanpa henti untuk menciptakan nilai-nilai yang tertinggi.

Dua konsep di atas, ternyata berkesesuaian dengan ayat-ayat al-Qur’an, seperti ditulis Syari’ati sendiri, yakni “Ingatlah bahawasanya kepada Allah jualah kembalinya semua urusan”. (Al-Syura: 53); “Kepada Allah-lah tempat kembali”. (Ali Imran: 28); “Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nyalah kita kembali”. (Fathir: 18).

Allah dalam ayat al-Qur’an di atas ialah bermakna Kesempurnaan Mutlak, Keabadian, Kekekalan, ilmu, penemuan, kesadaran, keindahan, kemampuan, kewujudan, kebaikan, kemamfaatan, kelembutan, keadilan dan keagungan dalam pengertian yang mutlak dan tanpa batas.54

Dan kita pun kembali ‘kepada Allah’. Di sini Syari’ati menolak idea kaum wihdat al-wujud, bahawa kita perlu ‘ke dalam Allah’. Menurutnya, yang benar ialah kembali “kepada-Nya”.55


J. Pemilihan Imam

Dalam sejarah kebudayaan manusia, pemilihan pemimpin selalu didasarkan atas faktor-faktor berikut ini: kudeta,56 intervensi,57 penunjukan, pewarisan,58 pemilihan, dominasi mayoriti, revolusi59 dan pencalonan.
Bagi Syari’ati, imam tidaklah dipilih sebagaimana pengangkatan atau pemilihan. Ia adalah suatu hak yang bersifat esensi yang muncul pada diri seseorang. Sumbernya ialah imam itu sendiri. Ia menjadi imam, kerana memiliki kelebihan-kelebihan seperti yang dijelaskan.60

Posisi masyarakat tidak menunjuk untuk menjadi imam. Tetapi mereka mengakui atas kelayakannya sebagai orang imam. Kerana itu, dalam Syi’ah dikatakan “Jabatan imamah sama dengan kenabian”. Artinya, posisi imam atau nabi adalah masalah pengakuan yang timbul dalam masyarakat. Bisa saja ada yang tidak mengakui atas tersebut. Dan ini bisa diterima secara logik.

Pada sisi lain, imamah berbeza dengan khilafah. Imamah adalah kepemimpinan spiritual dan warisan suci Nabi. Sedang khilafah, ialah pengganti Nabi dalam urusan politik, dan ia merupakan kepemimpinan sosial dan pemerintahan duniawi.61

Maka dengan adanya pemisahan ini, Syari’ati berupaya meredakan ketegangan antara Sunnah dan Syi’ah selama ini. Baginya, tidak ada kontradiksi antara kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Utsman dengan imamah Ali. Para khalifah itu tidak akan mengingkari imamah yang dimiliki Ali dan mereka pula tidak akan merampasnya. Khilafah yang ada pada mereka bukan sebagai hasil rampasan atas hak ahlu al-bait. Demikian sebaliknya, perlunya kesediaan pada kelompok Sunnah untuk menerima imamah para imam Syi’ah.62

Pada saat yang sama, ketika ada imam dan khalifah di sisi lain, lalu masyarakat memilih khalifah sebagai pemimpin mereka untuk menangani masalah sosial, politik, militer, dan menempatkan imam sebagai hanya pemimpin spiritual, maka yang demikian, bagi Syari’ati tidak menjadi problem. Hal ini menurutnya pernah terjadi kepada Ghandi dan Nehru di India.

Bahkan yang demikian, dapat membebaskan posisi imam sendiri dari kekotoran politik dan keburukan pemerintahan.

Dan dalam posisi itu, keagungan dan kehormatan, bahkan ke-ismahan imam tetap terpelihara. Fungsi imam yang seperti lebih bersifat pemikiran, keilmuan dan spiritual.63

Sebab, imam – dalam konsepnya yang benar – tidak berdiri dibelakang kekuatan eksekutif, dibelakang Negara, dan tidak pula bergandengan dengan politik penguasa. Para imam dalam pandangan Syi’ah ialah pemimpin para penguasa, junjungan orang-orang yang taat beribadah, pilar negara dan pemimpin umat.64



Sesiap yang ingin footnotnya, sila emel ke penulis hasan_jaly@yahoo.com. trims

(semoga bermanfaat)