20080326

Mengulas Tafsir Jalalayn


Oleh: Hasan Jali

A. Pengenalan Karya


Tafsir al-Jalalayn (tafsir yang ditulis oleh dua Jalal) adalah sebuah tafsir klasik sunni yang disusun pertama kali oleh Jalal al-Din al-Mahalli (m. 864 H). Dia meninggal sebelum karyanya selesai. Kemudian disempurnakan oleh muridnya Jalal al-Din al-Suyuti (m. 911 H). Inilah alasan, mengapa tafsir ini disebut al-Jalalyn.[i]

Tafsir ini cukup populer hingga saat ini, kerana isi kandungannya yang simpel dan mudah dipahami. Tafsir ini hanya terdiri dari satu jilid sahaja.

Imam Jalal al-Din al-Mahalli menulis dari surat al-Kahfi sehingga surat al-Nas, kemudian dilanjutkan ke surat al-Fatihah. Kerana itu, dalam tafsir ini kita menjumpai al-Fatihah diletakkan paling belakang sekali. Imam Jalal al-Din al-Suyuti melanjutkan usaha gurunya dengan memulai dari surat al-Baqarah hingga akhir surat al-Isra’.[ii]

Jalal al-Din al-Suyuti menulis selama 40 hari untuk menyempurnakan tafsir ini, dan di akhir surat al-Isra’ al-Suyuti menulis[iii] : هَذَا أَخِرُ مَا كَمِلتُ بِهِ تَفسِيرَ القُرأَنِ الكَرِيمِ الَّذِي أَلَّفَهُ الشَّيخُ الِامَامُ العَالِمُ العَلَّامَةُ المُحَقِّقُ جَلَالُ الدِّينُ المَحَلِّي الشَّافِعِي.....

Kitab Tafsir al-Jalalayn yang ada dipenulis diiringi dengan empat kitab hamisy, yang ditaruh dibahagian tepi. yaitu:

a. Lubab al-nuqul fi asbab al-nuzul karya Imam Jalal al-Din al-Suyuti. Naskah kitab ini dimulai dari halaman 2 hingga 385.
b. Fi ma`rifat al-nasikh wa al-mansukh karya Ibnu Hazm. Naskah kitab ini dimulai dari halaman 387 hingga 398.
c. Al-fiyyah al-imam Abi Zar`ah al-Iraqi fi Tafsir Garib Alfad al-Qur’an. Naskah kitab ini Naskah ini dimulai dari 443 hingga 511.
d. Lugat al-Tabail karya Imam Abi al-Qasim bin Salam.[iv]


B. Pengarang

Karya Tafsir al-Jalayn ditulis oleh dua ulama’ yang sebenarnya guru dan murid, yaitu Jalal Al-Din al-Mahalli dan Jalal al-Disn Al-Suyuti.

1. Jalal al-Din al-Mahalli (769 - 835 H)

Jalaluddin al-Mahalli dilahirkan di Kairo di Mahalla al-Kubra pada tahun 769 H dan meninggal tahun 835 H. Al-Mahalli inilah pengarang kitab al-Mahalli yang mensyarah ki'tab Minhaj al-Talibin, karya lmam Nawawi.

Nama sebenar ialah Muhammad[v] bin Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim[vi] bin Ahmad bin Hasyim[vii] al-Mahalli al-Syafi`i. Nama al-Mahalli ialah nisbah kepada tempat asalnya yaitu al-Mahallah al-Kubra yang merupakan sebuah bandar di sebelah Barat Kota Kaherah, Mesir.[viii]
Imam Jalaluddin al-Mahalli mengarang sebahagian dari Tafsir Jalalayn, kerana tafsir itu ditulis berdua dengan Jalaluddin al-Suyuti, sehingga tafsir ini diberi nama "Jalalayn" yang berarti dua orang Jalaluddin.[ix]

Ia seseorang yang sangat alim dalam fekah, usul, mantiq, kalam, nahu dan lain-lain.[x] Ia seseorang yang cerdas dan cepat paham. Ia pernah berkata kepada dirinya “Sesungguhnya kefahamannya tidak menerima kekeliruan sama sekali…”. Dan ia seorang yang sangat salih dan wara’.[xi]


a. Guru-guru Imam al-Mahalli

Di antara guru-guru Imam al-Mahalli ialah:
a. Al-Syams al-Barmawi (fikah, usul, bahasa Arab)
b. Al-Bajuni (fikah)
c. Al-Jalal al-Bulqini (fikah)
d. Al-Wali’ al-Waqi’ (fikah)
e. Al-`Izz bin Jumu’ah (usul)
f. Al-Syihab al-Ujayni (nahwu)
g. Al-Syams al-Syarif (nahwu)
h. Nasr al-Din bin Anas al-Misr al-Hanafi.[xii]
i. Al Badr Mahmud al-Aqsara’i.
j. Al-Burhan al-Yahyawari.
k. Al-Syams al-Bisati.
l. Al-Ala’ al-Bukhari.
m. Syaraf al-Kuwaik (hadis).[xiii]

b. Karya Imam al-Mahalli

Diantara karya Imam al-Mahalli ialah[xiv]:
a. مُختَصَر التَنبِيه
b. شَرحُ جَمعِ الجَوَامِعِ فِي الأُصُولِ
c. شَرحُ الشَّمسِيَّةِ
d. شَرحُ الِمنهَاجِ (الفقه)
e. شَرحُ الوَرَاقَةِ فِي الأُصُولِ
f. مَنَاسِكُ الحَجِّ
g. كِتَابُ فِي الجِهَادِ
h. شَرحُ القَوَاعِدِ
i. تَفسِيرُ جَلَالَينِ
j. الأَنوَارُ المدِيئَةِ
k. الطِّبُّ النَّوَاوِي
l. شَرحُ البُردَةِ الَمدِيحِ

c. Meninggal

Imam al-Mahalli meninggal akibat menderita sakit cirit-birit yang bermula pada pagi hari sabtu pertengahan bulan Ramadan tahun 864 H. Jenazahnya disembahyangkan orang ramai di Musalla Bab al-Nasr. Ia dikebumikan disisi datuk-neneknya di tanah perkuburan Jusyan.[xv]


2. Jalal al-Din Al-Suyuti.

Nama lengkap ialah Jalal al-Din al-Suyuti ialah Abu al-Fadl Abd al-Rahman ibn Kamal al-Din Abi Bakr ibn Muhammad ibn Sabiq al-Din, Jalal al-Din al-Misri al-Suyuti al-Shafi`i al-Ash`ari.[xvi]

Dia adalah mujtahid dalam mazhab Syafi’i, Sufi, Mufassir, ahli Hadith dan ahli sejarah.[xvii] Beliau merupakan ulama’ dan cendekiawan muslim yang hidup pada abad ke-15 di Mesir.[xviii]

Lahir pada tahun 1445 M (849 H) bulan Rajab dan wafat tahun 1505 M (911 H)). Dia lahir di Mahallah Suyut, Kaherah sebuah Bandar yang terletak berhampiran Bandar sungai Nil.[xix]

Dia baru berumur lima tahun dan menjadi anak yatim ketika ayahnya meninggal, dan ia sudah hafaz al-Qur’an sampai surah al-Tahrim. Selanjutnya ia diasuh dengan penuh perhatian oleh al-Kamal bin Hummam sampai hafaz al-Qur’an dengan sempurna.[xx]

Kemudian dia pergi untuk menghafaz kitab al-`Umdah, Minhaj al-Fiqh Wa al-usul dan al-Fiyyah Ibnu al-Malik. Dia menikmati semua itu (asyik dalam pengetahun) ketika berumur 15 tahun yakni tahun 864 H.

Nama al-Suyuti sendiri merupakan deskripsi pada sebuah kota golongan masyarakat lapisan atas di kota Mesir yang disebut Asyut. Salah seorang atuk Imam al-Suyuti telah membangun sekolah di sana dan menjadi donaturnya. Ayahnya, al-Kamal dilahirkan di Asyut tersebut.

Kedua-dua atuknya adalah seorang pemimpin yang mempunyai pengaruh luas di kota itu, dan bapaknya sendiri adalah seorang yuridis mazhab Shafi’i ketika al-Suyuti tinggal di Husn Al-Muhadarah.

Ketika besar, beliau adalah seorang guru yang mengajar berbagai macam subjek dalam teologi Islam. Tahun 1462 M, ia berhenti mengajar dan tahun sejak 1486 M, ia banyak menghabiskan masanya di masjid Baybars di Kairo.

Semasa hidupnya, beliau menulis banyak buku tentang berbagai hal, seperti hadith, al-Quran, bahasa, hukum Islam dan lainnya. Salah satu kitabnya yang terkenal adalah Tafsir al-Jalalayn ini yang ditulis bersama Jalal al-Din al-Mahalli. Dia mempunyai keahlian dalam tujuh disiplin ilmu yaitu: tafsir, hadith, fikah, nahwu, ma’ani, bayan, al-badi’.[xxi]
Kerana itu ia dianggap seseorang allamah dan dijuluki Abu al-Manaqib.[xxii] Bahkan ia dianggap sejarahwan kedua di Mesir setelah al-Maqrizi.[xxiii]


a. Guru Al-Suyuti dan Rihlah Ilmiah-nya

Dalam ilmu fikah dan nahwu, ia belajar dari beberapa Syeikh. Begitupun, dia belajar hukum dan fara’id kepada salah seorang sarjana besar yang sangat terkenal masa itu ialah Syeikh Shihabuddin al-Sharmasahi. Dia belajar kitab al-Majmu` langsung dibawah bimbingannya.[xxiv]

Dia juga belajar fikah dibawah bimbingan Syeikh al-Islam 'Ilm al-Din al-Balqini hingga gurunya itu meninggal. Pada tahun 876 H, al-Balqini memberikan ijazah kepada al-Suyuti untuk mengajar dan memberikan fatwa.[xxv]

Dia juga belajar fikah dan tafsir dibawah bimbingan Syeikh Sharafuddin al-Manawi. Dia belajar kepadanya ketika gurunya al-Balqini meninggal tahun 878 H. Untuk diketahui bersama, al-Manawi ini merupakan atuk dari `Abdu al-Rauf al-Manawi, seorang sarjana yang menulis kitab Faid al- Qadir yang merupakan syarah dari kitab al-Suyuti Al-Jami al- Sagir.

Dia juga belajar hadis dan bahasa Arab kepada Imam Taqiuddin al-Sumni al-Hanafi, yang menulis beberapa catatan pujian kepada al-Suyuti. Dia juga selalu hadir pada pertemuan yang diadakan oleh sarjana besar yaitu al-Kafiji dalam masa yang cukup panjang yakni 40 tahun sambil belajar tafsir, usul dan ma’ani, sehingga menerima ijazah oleh gurunya tersebut.

Demikian ia juga mengikuti pertemuan Syams al-Din Muhammad bin Musa al-Hanafi tentang tafsir dan balaga, pemimpin perguruan al-Syaikhuniyah. Termasuk gurunya ialah Fakhr al-Din `Uthman al-Muqsi, Ibnu Yusuf dan Ibnu al-Qalani.[xxvi]

Secara keseluruhannya, al-Suyuti menerima ijazah dari 150 guru (syaikh) yang memberinya ketika dia belajar. Hal itu diketahui setelah ia dan muridnya menyusun semua daftar syeikh yang telah memberinya ijazah sesuai daftar al-phabet.

Dalam kitabnya, Husn Al-Muhadarah, al-Suyuti menceritakan dan menulis semua guru-gurunya yang memberikan ijazah. Ia berkata “Para guru-guru yang mengajar saya dan yang kemudian memberikan ijazah (religious approval) banyak sekali. Saya telah menyebutkan semua, yang jumlahnya sekitar 150 syeikh”.

Dalam pengembaraannya mencari ilmu, al-Suyuti pergi ke Sham, Hijaz, Yaman, India dan Maroko. Dan kembali ke negara asalnya, Mesir hingga dia meninggal.
Sewaktu menunaikan haji, ia minum air zam-zam dengan niat supaya mempunyai darjah al-Syaykh Siraj al-Din al-Bulqini dalam fekah dan mencapai darjat al-Hafiz Ibnu Hajar dalam bidang hadis.[xxvii]
Ia juga tidak ikut melibatkan dalam politik. Seramai 13 sultan silih berganti naik tahta Pemerintahan negeri Mesir sepanjang kehidupan al-Suyuti.[xxviii]

b. Karakter Peribadi

Dia adalah orang yang rendah hati, baik akhlaknya, budiman dan selalu takut kepada Allah. Ia begitu menikmati dari apa yang diterima dari kehidupan intelektual dan kesarjanaanya. Ia pun tidak suka melirik-lirikan matanya kepada orang. Banyak tokoh dan orang-orang kaya yang selalu mengunjunginya dan ingin memberinya harta, tetapi al-Suyuti enggan menerimanya.

Di samping itu, ia banyak memegang beberapa jawatan selama karirnya, seperti guru bahasa Arab pada tahun 866 H. Dan mengajar hadith pada Universiti Ibnu Tulon.


c. Karya Al-Suyuti

Dia adalah salah seorang penulis paling prolifik dan barangkali penulis yang paling dikenal kemudian. Dia telah meninggalkan banyak karya dalam khazanah keilmuan Islam.

Buku pertama yang ditulis adalah "Sharh al-Isti`ada wa al-Basmalah” ketika ia berumur 17 tahun.

Ibn Ímād menulis: “Kemampuannya menulis sangat fenomenal”.

Muridnya Imam Dāwādi mengatakan: "Saya telah bersama Syeikh sekali, dan ia telah menulis tiga volume kitab pada hari itu. Dia menulis hadith dan menjawab pertanyaan saya pada masa yang sama. Dia adalah sarjana yang sangat tahu tentang hadith.
Pada usia 40 tahun, al-Suyuti meninggalkan aktifitasnya sebagai guru dan mufti dan mengasingkan diri dari masyarakatnya untuk menyendiri di rumahnya yang terletak di tepi masjid Qayitbey atau dekat istana Amir Muhammad `Ali sekarang.

Dalam “persembunyian” nya itu ia menulis buku-bukunya. Ia seringkali menolak undangan para sultan. Ia memang asketis. Hari-harinya baik siang atau malam dihabiskan untuk membaca dan mengarang. Diberitakan karyanya mencapai lebih 500.[xxix]

Diantara karyanya, ialah:[xxx]
أَلفِيَّةُ فِي قِرَأَتِ العَشرِ
اِتقَانُ فِي عُلُومِ القُرأَنِ
تَفسِيرُ جَلَالَينِ
طَبَقَاتُ الُمفَسِّرِينَ
أَسمَاءُ الُمدَلِّسِينَ
تَقرِيبُ الغَرِيبِ
تَذكِرَةُ اَولِيَاءِ الأَولِبَاءِ
الِاظهَارُ الغَدَةِ فِي فِقهِ الرَّودَةِ
تُحفَةُ المُجَاهِدِينَ فِي أَسمَاءِ المُجتَهِدِينَ
جَمعُ الجَوَامِعِ
حُرُوفُ الهِجَاءِ
دِيوَانُ حَيَوَانَ
دِيوَانُ شَرِيحِ
العَرجُ فِي الفَرجِ
اِتمَامُ الدِّرَايَةُ لِتمرأِ النِّقَايَةِ
الِاشبَهُ وَالنَّظَائِرِ (النحو)
الِاشَبهُ وَالنَّظَائِرِ (قاعدة فقه)
أَلفِيَّةُ (علم حديث)
الِاقتِرَاهُ فِي عِلمِ أُصُولِ النَّحوِ
تَارِيخُ الخُلَفَاءِ

Dalam menulis tafsir al-Jalalayn, sekalipun al-Suyuti menyambung dari gurunya, secara metod tidak ada perbezaan. Kerana ia mengikut apa yang telah ditulis gurunya tersebut yakni menyebut tafsir dari apa yang dipahami tentang kalam Allah tersebut tanpa menjelaskan dengan panjang.[xxxi]

d. Murid al-Suyuti

Diantara murid Imam al-Suyuti yang paling terkenal ialah ahli sejarah al-Dawudi (m. 945 H) – penulis kitab Tabaqat al-Mufassirin. Dan ahli sejarah terkenal Ibn Iyas, penulis kitab Bada'i-uz-Zuhur (m. 930 H).

Beberapa muridnya yang juga menjadi Imam ialah al-Hafiz Ibn Tulon al-Hanafi (m. 935 H), penulis tiga kitab "Faharis" (indexs), dan Imam al-Shirani, penulis kita al-Tabaqat (m. 973 H).

e. Sakit dan Meninggal

Al-Suyuti begitu sibuk dengan ilmu pengetahuan, menulis, meneliti hingga dia merasakan sakit selama 7 hari akibat pembengkakan pada lengan kirinya. Ia meninggal malam Jum’at pada 19 Jumadi Al-Ula 911 H. Jenazahnya dikebumikan di Hausy Qausun di luar Bab al-Qarafah, Mesir.[xxxii]


C. Metod Penafsiran Tafsir Jalalayn

1. Metod penafsiran dalam kitab ini ialah ijmali, yakni menafsirkan al-Qur’an secara global, mengikut urutan surat dalam al-Qur’an dari al-Fatihah hingga al-Nas.[xxxiii] Bahkan, penafsirannya sangat ringkas dan pendek, seperti hanya menafsirkan dengan satu kalimat sahaja. Contohnya:
a. Surat al-Ra`d ayat 10: (اِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَن تُغنِيَ) تَدفَعُ (عَنهُم أَموَالَهُم وَلَا أَولَادَهُم مِنَ اللهِ) عَذَابِهِ
b. Surat al-Saffat ayat 14-15: (وَاِذَا رَأَوا أَيَةً) كَانشِقَاقِ القَمَرِ (يَستَسخِرُونَ) يَستَهزِؤُنَ بِهَا (وَقَالُوا) فِيهَا (اِن) مَا (هَذَا سِحرٌ مُبِينٌ) بَيِّنٌ . Di sini diketahui juga metodnya setiap ayat al-Qur’an ditandai dengan buka dan tutup kurung, sedang tafsirnya tidak.

2. Tafsir ini tidak memakai nombot ayat. Jadi tidak dijumpai tanda waqaf. Mereka menafsirkan surat hingga akhir, kemudian dilanjutkan dengan surat lain.


D. Karakteristik Tafsir.

1. Sikap Terhadap Huruf al-Muqata’ah.

Dalam menafsirkan huruf al-Muqata’ah, kitab ini menggunakan lafaz اَللهُ أَعلَمُ بِمُرَادِهِ
Contoh dalam surat al-A`raf : (المص) اَللهُ أَعلَمُ بِمُرَادِهِ بِذَلِكَ
Surat al-Ahqaf: اَللهُ أَعلَمُ بِمُرَادِهِ بِهِ (حم)
Surat al-Ra`d: (المر) اَللهُ أَعلَمُ بِمُرَادِهِ بِذَلِكَ
Surat Ali `Imran: (الم) اَللهُ أَعلَمُ بِمُرَادِهِ بِذَلِكَ

2. Tafsir al-ra`yu

Tafsir ini boleh disebut tafsir bi al-ra`yi, kerana jarang sekali dijumpai dalam menafsirkan ayat yang disandarkan kepada riwayat. Tafsir ini banyak disandarkan kepada pendapat pengarang sendiri. Contohnya:
a. Surat al-Mujadalah ayat 14: (اَلَم تَرَ) تَنظُر (اِلَى الَّذِينَ تَوَلَّوا) هُمُ الُمنَافِقُونَ (قَومًا) هُمُ اليَهُودُ (غَضَبَ اللهُ عَلَيهِم مَا هُم) أي المُنَافِقُونَ (مِنكُم) مِنَ المُؤمِنِينَ (وَلَا مِنهُم) مِنَ اليَهُودِ بَل هُم مُذَبذَبِينَ
b. Surat al-Balad ayat 4: (لَقَد خَلَقنَا الِانسَانَ) أي الِجنسَ (فِي كَبَد) نَصَبٍ وَشِدَّةٍ يُكَابِدُ مَصَاءِبَ الدُّنيَا وَشَدَائِدَ الأَخِرَةِ
c. Surat al-Lail ayat 3: (وَمَا) بِمَعنَي مِن (خَلقِ الذَّكَرِ وَالأُنثَي) أَدَمَ وَحَوَاءَ وَكُلُّ ذَكَرٍ وَكُلِّ أُنثَي المُشكِلِ عِندَنَا ذَكَرٌ أَو أُنثَي عِندَ اللهِ تَعَالَى فَيَحنَث بِتَكلِيمِهِ مِن حَلفٍ لَا يُكَلِّمُ ذَكَرًا وَلَا أُنثَي

3. Sikap kepada Makkiyah dan Madaniyyah

Tafsir ini memberi penjelasan kepada setiap surah, adakah ia makkiyah atau madaniyyah sekaligus dijelaskan jumlah ayatnya. Contohnya;
a. سُورَةُ المُدَثِّرِ (خَمسٌ وَخَمسُونَ أَيَةً)
b. سُورَةُ البَقَرَةِ (مَدَنِيَّةٌ مِائَتَانِ وَسِتٌّ أَو سَبعٌ وَثَمَانُونَ اَيَةً)
c. سُورَةُ عَبَس (مَكِيَّةٌ اِثنَتَانِ وَأَربَعُونَ أَيَةً)
d. سُورَةُ المُؤمِنينَ (مَكِيَّةٌ وَهِيَ مِائَةٌ وَثَمَانِي أَو تِسعُ عَشَرَةَ أَيَةً)
e. سُورَةُ لُقمَانَ (مَكِيَّةٌ اِلَّا وَلَو أَنَّ مَا فِي الأَرضِ مِن شَجَرَةِ أَقلَامٍ الأَيَتَينِ فَمَدَنِيَّةٌ وَهِيَ أَربَعٌ وَثَلَاثُونَ اَيَةً)
f. سُورَةُ الزُّمَرِ (مَكِيَّةٌ اِلَّا قُل ياَ عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِم فَمَدَنِيّةٌ وَهِيَ خَمسٌ وَسَبعُونَ أَيَةً)
g. سُورَةُ العَصرِ (مَكِيَّةٌ اَو مَدَنِيَّةٌ ثَلَاثُ أَيَةٍ)


4. Sikap kepada gramatika.

Tafsir ini sangat memperhatikan kepada gramatika nahwu, walau tidak semuanya ayat diberi penjelasan, contoh:
a. Surat al-Tariq ayat 2 : (وَمَا أَدرَكَ ) أَعَلَّمَكَ (ماَ الطَّارِق) مُبتَدَأٌ وَخَبَرٌ فِي مَحَلِّ المَفعُولِ الثَّانِي لِأَدرِي وَمَا بَعدَ الأُولَى خَبَرُهَا وَفِيهِ تَعظِيمُ لِشَاءنِ الطَّارِقِ الُمقَمِّرِ بِمَا بَعدَهُ
b. Surat al-Tariq ayat 4: (اِن كُلُّ نَفسٍ لَمَّا عَلَيهَا حَافِظ) بِتَخفِيفِ مَا فَهِيَ مَزِيدَةٌ وَاِن مُخَفَّفَةٌ مِنَ الثَّقِيلَةِ وَاِسمُهَا مَحذُوفٌ أَي اِنَّهُ وَاللَّامُ فَارِقَةٌ وَبِشتَدِيدِهَا فَاءِن ناَفِيَةٌ وَلَمَّا بِمَعنَى اِلَّا
c. Surat al-Ikhlas ayat 1: هُوَ وَأَحَدٌ بَدَلٌ مِنهُ أَو خَبَرُ (قُل هُوَ اللهُ أَحَد) فاَللهُ خَبَرٌ كَانَ (أَللهُ الصَّمَد) مُبتَدَأٌ وَخَبَرُ كاَنَ أَي الَمقصُودُ فِي الحَوَائِجِ عَلَى الدَّوَامِ


5. Sikap terhadap nasikh-mansukh

Dalam nasikh-mansukh, tafsir ini menjelaskan dengan ringkas, walau tidak kesemua ayat dijelaskan nasikh-mansukhnya.contoh

a. Surat al-Anfal ayat 61: (وَاِن جَنَحُوا) ماَلَوا (لِلسِّلمِ) بِكَسرِ السِّينِ وَفَتحُهَا الصُّلحُ (فَجنَح لَهَا) وَعَاهِدهُم قاَلَ اِبنُ عَبَّاسٍ هَذَا مَنسُوخٌ باِءَيَةِ السَّيفِ وَمجاهد مَخصُوصٌ باِءَهلِ الكِتَابِ اِذ نَزَلَت فِي بَنِي قُرَيضَةَ
b. Surat al-Anfal ayat 71 : (اِنَّ الَّذِينَ أَمَنُوا.............(حَتَّى يُهَاجِرُوا) وَهَذَا مَنسُوخٌ باِءَخِرِ السُّورَةِ

6. Sikap terhadap ayat hukum

Tafsir ini juga tidak menjelaskan dengan detail dalam masalah hukum kecuali beberapa ayat yang dijelaskan dengan ringkas sahaja. contoh

a. Surat al-Maidah ayat 6 tentang wudu’ :[xxxiv] (وَامسَحُوا بِرُؤُسِكُم) .....فَيَكفِي أَقَلُّ مَا يَصدُقُ عَلَيهِ وَهُوَ مَسحُ بَعضِ شَعرَةٍ وَعَلَيهِ الشَّافِعِي
b. Surat al-Maidah ayat 6 tentang tayammum;[xxxv] (فَمسَحُوا بِوُجُوهِكُم وَأَيدِيكُم) مَعَ الِمرفَقَينِ

7. Sikap terhadap asbab al-nuzul

Tafsir ini memberikan penjelasan terhadap asbab al-nuzul kepada beberapa ayat, namun ada beberapa surat yang diberi penjelasan ringkas tentangnya.

a. (سُورَةُ الكَافِرُونَ) نَزَلَت لَمَّا قَالَ رَهَطٌ مِنَ الُمشرِكِينَ لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ تَعبُدُ اَلِهَتَنَا سَنَةً وَنَعبُدُ سَنَةً
b. (سُورَةُ الفَلَقِ) نَزَلَت هَذِهِ السُّورَةُ وَالَّتِي بَعدَهَا لَمَّا سَحِرَ لُبَيدُ اليَهُودِي النَّبِيَّ فِي وِترٍ بِهِ اِحدَى عَشَرَةَ عقدَةً فاَءُعَلِّمُهُ اللهُ بِذَلِكَ وَبِمَحَلِّهِ فاَءَحضَرَ بَينَ يَدَيهِ النَّبِيِّ وَأَمَرَ باِلتَّعَوُّذِ باِلسُّورَتَينِ فَكَانَ كُلَّمَا قَرَأَ أَيَةً مِنهُمَا اِنجَلَت عقدو وَوَجَدَ خفَّةً حَتَّى اِنحَلَت العَقدُ كُلُّهَا وَقَامَ كاَءَنَّمَا نَشطٌ مِن عِقَالٍ

8. Sikap terhadap isroiliyyat

Tafsir ini menyebut beberapa isroiliyyat, namun penulis tidak memberikan komen apa-apa, apakah ia sohih atau tidak. Contohnya sebagai berikut:

a. (وَلَقَد هَمَّت بِهِ) قَصَدَت مِنهُ الجِمَاعَ (وَهَمَّ بِهَا) قَصَدَ ذَلِكَ (لَولَا أَن رَأَى بُرهَانَ رَبِّهِ) قَالَ اِبنُ عَبَّاسٍ مَثَّلَ لَهُ يَعقُوبُ فَضَرَبَ صَدرَهُ فَخَرَجَت شَهوَتُهُ مِن أَنَامِلِهِ وَجَوَابُ لَولَا لِجَامِعِهَا (Surat Yusuf ayat 24)
b. (وَأُوتِيَت مِن كُلِّ شَئٍ......وَلَهَا عَرشٌ عَظِيمٌ) طُولُهُ ثَمَانُونَ ذِرَاعًا وَعَرضُهُ أَربَعُونَ ذِرَاعًا وَارتِفَاعُهُ ثَلَاثُونَ ذِرَاعًا مَضرُوبٌ مِنَ الذَّهَبِ وَالفِضَّةِ مُكَلِّلٌ بِالدُّرِّ وَاليَاقُوتِ الأَخمَرِ والَّزبَرجُدِ الأَحضَرِ وَالزَّمرَدِ وَقَوَائِمُهُ مِنَ اليَاقُوتِ الأَخمَرِ وَالَّزبَرجَدِ لَا خَضرَ وَالزَّمرَدِ عَلَيهِ سَبعَةُ أَبوَابٍ عَلَى كُلِّ بَيتٍ باَبٌ مُغَلَّقٌ (Surat al-Naml ayat 23).




E. Kesimpulan

Tafsir ini cukup ringkas dan mudah dipahami. Kerana itu, ditanah melayu tafsir ini cukup populer. Untuk sekedar ingin mengetahui makna al-Qur’an, tafsir ini dapat dijadikan pegangan. Namun untuk mengetahui hal yang lebih detail, perlu membuka tafsir lain yang panjang pembahasannya.



Bibliografi

`Atar, Nur al-Din (1993), Al-Jalayn: Tafsir al-Qur’an al-Azim fi al-Imam Jalal al-Din al-Suyuti, ISESCO.
Al-Mahalli, Jalaluddin dan Jalal al-Din al-Suyuti (t.t), tafsir al-Jalalyn, Surabaya, al-Hidayah.

Al-Dawudi, Syams al-Din Muhammad bin `Ali bin Hamad (1982), Tabaqat al-Mufassirin, Juz 2, (t.t.p), Maktabah Wahdah.

Al-Hanbali, Abu al-Falah Abu Hayy bin `Imad (1972), Syadharat al-Dhahab fi Akhbar Man Dhahab, Juz 7, Beirut; Dar al-Masih.

Ahmad, Abdul `Azim (1971) Tarikh Litafsir wa Manahij Limufassirin, c. I, Mesir, Dar al-Taba’ah al-Muhammadiah.

Al-Suyuti (t.t), Bugyah al-Wu’at fi Tabaqat al-Lughawiyyin wa al-Nuhat, j. I, Beirut; Dar al-Ma’rifah,.

Al-Syak’ah, Mustafa (1981), Jalal al-Din Al-Suyuti, Kaherah; Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi.

Abbas, Siradjuddin (1994), Sejarah dan Keagungan Madzab Syafi'i, Jogjakarta, Pustaka Tarbiyah,.

Ahmad, Abdul Rashid (2003), Tafsir al-Nasafi dan Tafsir al-Jalalayn: Suatu Kajian Perbandingan, Tesis Ph.D, Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Al-Suyuti, Jalal al-Din (1967), Husn al-Muhadarah fi Tarikh Misr wa al-Qadirah, juz I, Kaherah, Isa al-Halabi wa Syurkah.
Al-Maraghi, Abdullah Mustafa (2001), Pakar-pakar Fiqh, Penj: Husein Muhammad, c. I, Jogyakarta, LKPSM.

Al-Dahabi, Muhammad Husain (2000), Tafsir wa al-Mufassirun, c. I, Beirut, Dar al-Yusuf.

Al-Jazairi, Abd al-Rahman (1990), Kitab al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah, j, I, Beirut; Dar al-Fikr.

Kahhalah, Umar Rida (1986), Mu`jam Muallifin Tarajum Musonnifin al-Kutub al-`Arabiah, Beirut, Dar Ihya’ al-Turath.
Taha, Mahmud Ahmad (1993), Jalal al-Din Al-Suyuti, Juz 2, ISESCO.
Qattan, Manna` (t.t), Mabahith fi `Ulum al-Qur’an, cet ke – 3, Riyadh, (t.p).
www.islamicacademy.org.
www.geocities.com
www.wikipedia.org





[i] Jalaluddin al-Mahalli, http/en.wikipedia.org/wiki/tafsir al-Jalalyn, 5 September 2007.
[ii] Manna` Qattan (t.t), Mabahith fi `Ulum al-Qur’an, cet ke – 3, Riyadh, (t.p), h. 367. Nur al-Din `Atar (1993), Al-Jalayn: Tafsir al-Qur’an al-Azim fi al-Imam Jalal al-Din al-Suyuti, ISESCO, h. 288.
[iii] Muhammad Husain al-Dahabi (2000), Tafsir wa al-Mufassirun, c. I, Beirut, Dar al-Yusuf, 343.
[iv] Jalaluddin al-Mahalli dan Jalal al-Din al-Suyuti (t.t), Tafsir al-Jalalyn, Surabaya, al-Hidayah.
[v] Syams al-Din Muhammad bin `Ali bin Hamad al-Dawudi (1982), Tabaqat al-Mufassirin, Juz 2, (t.t.p), Maktabah Wahdah, h. 80.
[vi] Abu al-Falah Abu Hayy bin `Imad al-Hanbali (1972), Syadharat al-Dhahab fi Akhbar Man Dhahab, Juz 7, Beirut; Dar al-Masih, h. 303.
[vii] Umar Rida Kahhalah (1986), Mu`jam Muallifin Tarajum Musonnifin al-Kutub al-`Arabiah, Beirut, Dar Ihya’ al-Turath, h. 332.
[viii] Al-Hanbali (1972), op.cit, h. 80.
[ix] Jalaluddin al-Mahalli, http://www.geocities.com/risanuri/agama/syafii/Al_Mahalli, 5 September 2007. Lihat sumber asal Siradjuddin Abbas (1994), Sejarah dan Keagungan Madzab Syafi'i, Jogjakarta, Pustaka Tarbiyah,.

[x] Abdul `Azim Ahmad (1971) Tarikh Litafsir wa Manahij Limufassirin, c. I, Mesir, Dar al-Taba’ah al-Muhammadiah, h. 72.
[xi] Ibid.
[xii] Abdul Rashid Ahmad (2003), Tafsir al-Nasafi dan Tafsir al-Jalalayn: Suatu Kajian Perbandingan, Tesis Ph.D, Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h. 29.
[xiii] Abdullah Mustafa al-Maraghi (2001), Pakar-pakar Fiqh, Penj: Husein Muhammad, c. I, Jogyakarta, LKPSM, 302.
[xiv] Abdul Rashid Ahmad (2003), op.cit, h. 30-31.
[xv] Ibid, h. 31.
[xvi] Jalal al-Din Al-Suyuti (1967), Husn al-Muhadarah fi Tarikh Misr wa al-Qadirah, juz I, Kaherah, Isa al-Halabi wa Syurkah, h. 335.
[xvii] Jalal al-Din Al-Suyuti, www.islamicacademy.org, 4 September 2007.

[xviii] Jalal al-Din Al-Suyuti, http/en.wikipedia.org/wiki/jalal al-din al-suyuti, 4 September 2007.
[xix] Mahmud Ahmad Taha (1993), Jalal al-Din Al-Suyuti, Juz 2, ISESCO, h. 321.
[xx] Abdullah Mustafa al-Maraghi (2001), op.cit, h. 316.
[xxi] Rashid Ahmad (2003), op.cit, h. 36-37. Jalal al-Din Al-Suyuti (1967), op.cit, h. 336.
[xxii] Al-Suyuti (t.t), Bugyah al-Wu’at fi Tabaqat al-Lughawiyyin wa al-Nuhat, j. I, Beirut; Dar al-Ma’rifah, h. 472.
[xxiii] Mustafa al-Syak’ah (1981), Jalal al-Din Al-Suyuti, Kaherah; Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi, h. Muqaddimah al-Mu’allif.
[xxiv] Rashid Ahmad (2003), op.cit, h. 36.
[xxv] Ijazah pada tradisi dahulu merupakan otoritas keagamaan legal yang biasa diberikan seorang guru kepada muridnya, bilamana sudah mencapai kemampuan akademik yang memuaskan.
[xxvi] Abdullah Mustafa al-Maraghi (2001), op.cit, h. 316.
[xxvii] Rashid Ahmad (2003), op.cit, h. 37.
[xxviii] Ibid, h. 40.
[xxix] Ibid, h. 317.
[xxx] Abdullah Mustafa al-Maraghi (2001), op.cit, h. 317.
[xxxi] Abdul `Azim Ahmad (1971), op.cit, h. 73.
[xxxii] Abdullah Mustafa al-Maraghi (2001), op.cit, h. 316
[xxxiii] Dalam metod ini, mufassir menjelaskan makna-makna ayat al-Qur’an secara garis besar sahaja. Azyumardi Azra (ed) (2000), Sejarah dan Ulum al-Qur’an, cet ke - 2, Jakarta, Pustaka Firdaus, h. 185.
[xxxiv] Di sini nampak kecenderungan al-Suyuti kepada Syafi’i. Sebab, Hanafi wajib membasuh ¼ kepala, Maliki wajib seluruh kepala, Hanbali sama dengan Maliki. Hanya ia menambahkan kedua telinga juga bahagian kepala, sehingga harus dibasuh juga. Abd al-Rahman al-Jazairi (1990), Kitab al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah, j, I, Beirut; Dar al-Fikr, h. 54-61.
[xxxv] Di sini juga nampak kecenderungan al-Suyuti kepada Syafi’i. Maliki dan Hanbali mengatakan bahawa mengusap sampai siku hanya sunnah tidak wajib. Bagi mereka, wajib sampai dua pergelangan tangan sahaja. Ibid, 161.